BIOPSI BUAH PINGGANG

July 26, 2019by admin

BIOPSI BUAH PINGGANG

…bukan pembedahan tetapi prosedur kecil ambil sampel tisu buah pinggang

Ada seorang guru muda yang telah berjumpa saya di klinik nefrologi. Beliau kerap kali datang ke klinik nefrologi sebab protin bocor dalam air kencing. Beliau tidak ada penyakit kencing manis atau darah tinggi. Kami risau keadaan fungsi buah pinggang boleh merosot tanpa tahu puncanya. Biopsi memang penting dilakukan untuk tentukan rawatan awal & tepat.

Sebelum ini, doktor telah nasihatkan beliau lakukan biopsi tetapi beliau menolak. Ketika berjumpa saya, saya terangkan semula & maklumkan jika biopsi tidak dilakukan, mungkin satu hari perlu jalani rawatan dialisis pula….

Setelah mendengar penerangan saya….akhirnya beliau setuju dan tidak takut. Alhamdullilah…sudah selesai prosedur tersebut dilakukan minggu lepas. Sekarang tunggu keputusan biopsi ????.

Biopsi buah pinggang :-

* bukan pembedahan tetapi satu prosedur kecil dilakukan 15-20 minit sahaja oleh pakar

* tisu diambil hanya 2cm sahaja

* pesakit perlu meniarap semasa prosedur sebab buah pinggang terletak dibahagian belakang

* tisu diambil dengan panduan ultrasound

* ubat bius pelali diberi di bahagian biopsi dilakukan

* pesakit boleh pulang ke rumah keesokannya

Selepas biopsi:

** 1 di dalam 10 pesakit akan alami kencing berdarah pada mulanya tetapi akan hilang beberapa jam kemudian selepas diarah minum air banyak

** 1 di dalam 100 mungkin boleh alami pendarahan di kawasan biopsi tetapi boleh dihentikan dengan prosedur khas oleh pakar

Jangan risau….sila bincang & dengar nasihat pakar.

#prosedurkecil

#bukanbedah

admin