Asslammualaikum dan salam sejahtera. Admin doakan supaya semua urusan para liker page MYBuahPinggang dipermudahkan. Sudah lama admin tidak bersiaran. Baiklah, pada petang ini admin ingin kongsikan sedikit tentang penyediaan bilik CAPD. Bilik CAPD ini dikongsikan oleh Puan Jue Jariah bt Mokthar ini disediakan untuk anak perempuannya bernama Intan Nurfazleena bt Zainol. Bilik ini boleh dijadikan contoh oleh pesakit yang mahu menggunakan rawatan kaedah CAPD dalam mencari idea penyediaannya. Terima kasih admin ucapkan kepada Puan Jue Jariah bt Mokthar kerana sudi berkongsi. Semoga dipermudahkan urusan Puan Jue Jariah bt Mokthar sekelurga dan semoga adik Intan Nurfazleena bt Zainol cemerlang dan berjaya pada masa hadapan.
-Agent Red-
——————————————————————————
Pada mulanya susah juga untuk mengambarkan perasaan apabila mahu membuat bilik khas CAPD untuk anak. Saya memikirkan bagaimana cara bagi menampakkan bilik ini kelihatan cantik dan kemas seterusnya peralatan yang perlu disediakan dan susunannya. Namun, apa yang lebih penting adalah kebersihan bilik perlu sentiasa dipantau dan dijaga rapi. Masa yang diambil untuk bilik ini disiapkan adalah selama 2 bulan dengan segala cat, wall paper dan gambar yang berkaitan. Kami hanya gunakan carian google bagi melihat contoh bilik CAPD yang dikongsikan oleh pesakit di internet.
Disebabkan kami hanya mahu yang terbaik untuk rawatan anak maka kami tidak kisah tentang kos penyediaan bilik ini. Lagipun mahu mengambil hati anak (si kakak) supaya tidak terasa down dan mahu menaikkan semangat anak untuk berjuang. Pada masa yang sama, tahun tersebut aiaitu 2015 adalah tahun anak menghadapi peperiksaan PT3. Oleh itu, saya perlu menyediakan bilik yang selesa supaya anak dapat tidak terlalu tertekan.
Bilik CAPD ini selain dideko oleh saya, suami juga membantu seperti mengecat dan kerja-kerja welding (tempat gantung ubat, BP set dan penimbang). Saya juga menyediakan kerusi beroda. Bilik ini saya pastikan tidak mempunyai banyak barangan tetapi dilengkapi dengan tempat letak sabun, topeng (mask), alatan dan ubatan untuk dressing, meja kecil, singki air dan kerusi malas. Dari segi saiz bilik pula adalah sama saiz dengan bilik tidur anak-anak yang lain. Pada pendapat saya rawatan CAPD ini agak senang untuk dijaga tetapi apa perlu diberikan keutamaan adalah kebersihan.