BERSUKAN UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG

October 20, 2019by admin

Bersukan untuk pesakit buah pinggang

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Dah lama admin tidak bersiaran. Agak sibuk dengan aktiviti semasa. Lagi admin pada masa sekarang perlu masuk ke wad setiap minggu sekali untuk tujuan membuang darah. Masalah pesakit buah pinggang kebiasaan tidak cukup darah atau terlebih darah macam admin. Doktor pakar maklumkan kepada admin darah yang berlebihan ini boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok. Oleh itu, darah admin perlu dikurangkan. Proses lebih kurang macam derma darah. Untuk maklumat lanjut bolehlah tanya Dr. Admin tak pakar dalam bidang perubatan.

Baiklah, admin ada terima beberapa soalan berkaitan pesakit buah pinggang yang ingin bersukan atau aktif. Admin lihat ada sesetengah samada HD tau CAPD aktif bersukan. Mlah admin pernah tengok seorang pensyarah profesor keluar masuk hutan dengan aktif walaupun beliau merupakan pesakit buah pinggang (HD). Pensyarah ini sangat memberikan inspirasi keapda admin untuk juga kekal aktif. Semasa admin masih dalam pengajian phd, admin lebih gemar memilih berjogging perlahan-lahan untuk bersukan. Apabila dirumah admin akan menghabiskan masa antara 15 ke 20 minit untk senaman ringan pada setiap hari.

Tetapi hari ini minat admin ke arah berbasikal. Oleh itu, admin memilih untuk aktif berbasikal. Setiap minggu admin akan berbasikal sebanyak 2 ke 3 kali dan setiap kali berbasikal admin akan kayuh antara 5KM ke 10KM sekitar 1 jam. Cukuplah sekadar mana yang mampu. Oleh demikian, admin berpendapat tiada masalah bagi pesakit untuk bersukan tetapi perlu ikut kemampuan dan dapatkan nasihat pakar.

-Red Rider-

admin