FIKIR TRANSPLAN

November 25, 2019by admin

Rukun Islam yg ke 4 adalah mengeluarkan zakat. Ianya adalah mengeluarkan sebahagian dari harta kita untuk kepentingan orang lain.

Dalam kontek yg lebih luas, ia adalah mengeluarkan potensi diri yg kita punya untuk kebaikkan orang lain. Ini termasuklah harta benda, ilmu pengetahuan malah anggota badan kita sendiri.

Arwah dgn persetujuan keluarga sanggup mendermakan organ beliau setelah beliau meninggal dunia supaya manusia lain dapat hidup dengan lebih sempurna. Pada saya ini merupakan zakat beliau. Iaitu mengeluarkan sesuatu yg amat berharga dari diri beliau untuk kepentingan orang lain.

Satu sikap yg amat terpuji dan patut menjadi contoh kepada kita semua. Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah penderma. Satu pengorbanan yang besar dari keluarga arwah yang memahami keperluan seorang pesakit buah pinggang yang memerlukan organ untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Yang pasti tiada sesalan dari keluarga penderma.

Terima kasih. Hanya Tuhan yang Maha Esa mampu membalas budi baik sekelian semua.

Marilah kita semua berikrar sebagai penderma organ.
Sedekah merupakan satu amalan yang mulia dan tiada penghujung.

admin