ROKOK / VAPE TAK GANGGU BUAH PINGGANG ?

December 18, 2019by admin

Rokok / Vape tak ganggu buah pinggang….

Memang TAK betullah tu… sesiapa yg buat pernyataan di atas perlu membaca lebih banyak dan kembali ke alam nyata… bukan bermimpi di singgahsana…????????

Memanglah rata2 orang mengetahui yang umumnya rokok dan vape ada kesan langsung pada paru2 dan jantung… bukan pada buah pinggang. Tetapi secara tidak langsung, buah pinggang pasti akan terkena tempiasnya. Salur darah akan menyempit bila perokok atau penghisap vape merokok atau memvaping. Kalau salur darah jantung yg besar boleh sempit, bayangkan salur darah pada buah pinggang ???????????????? Bagai retak menanti belah je buah pinggang ni pada org yg merokok dan memvape!!! Bila salur darah sudah sempit, buah pinggang tidak akan mendapat bekalan darah yg bernutrisi dan beroksigen utk terus kekal berfungsi. Maka akibatkan akan berlakulah kerosakan pada fungsi.. ????????

Paling takut sekali bila buah pinggang perlu menapis entah apa2 toksin dlm rokok dan vape. Kalau boleh kita tahu apa yg nak ditapis, mungkinlah kita boleh cadangkan cara utk mengelakkan kerosakan dari berlaku… tetapi walaupun ditapis di paru2, masih ada sisa2 toksin yg perlu melalui tapisan dibuah pinggang. Kasihanilah buah pinggang.. selalu jadi mangsa keadaan. ???????? Bekerja keras tak pasal pasal …Lama kelamaan terpaksa beralah dan terus hilang fungsi sedikit demi sedikit!! Akhirnya ke mesin dialisis juga ????????

Paling sedih lagi… dahlah buah pinggang rosak, ada yg masih merokok lagi. Paling malang, tukar kepada vape yg sebenarnya lebih membahayakan. Dengan kandungan bahan kimia yg entah apa2, yang tiada kajian sempurna ttg kebaikan dan keburukan vape, ramai pulak ahli2 ilmu tak bertauliah mengambil kesempatan menjual dan meyakinkan perokok2 tegar. Nak berhenti rokok, vape penggantinya. Bagi mereka yg termakan pujuk rayu, seperti masuk ke mulut buaya lepas lari dari mulut harimau… masalah tak selesai, cari pula masalah baru… Dialisis tidak menapis bahan2 kimia vape dan rokok yea… Kesan tetap sama… Paling takut, risiko sakit jantung meningkat mendadak bila pesakit dialisis merokok dan menjadi penghisap vape!!

Jadi… tanyalah diri sendiri. Kenapa mesti cari sebab merosak diri sendiri. Nanti kena tanya dgn Tuhan kenapa rosakkan organ2 yg dipinjam ini… takde penyakit, cari penyakit… Apa erti hidup kalau semua organ pinjaman sudah rosak dicemari… Sekali lagi, tepuk dada tanya iman diri…
Sayangilah semua organ anda baik paru2, jantung dan buah pinggang… Jangan menyesal dikemudian hari…

#sayangbuahpinggang
#sayasayangpesakitsaya

admin