Apa itu MyKas? 

August 31, 2020by admin
Apa itu MyKas?
Ia adalah singkatan kepada ‘Malaysian Kidney Allocation System’, atau dlm Bahasa Malaysia sistem peruntukan buah pinggang di Malaysia. Sistem ini berbeza dgn sistem lama yg dipakai untuk membolehkan buah pinggang dari penderma kadaverik (atau penderma selepas kematian) dapat diberikan kepada pesakit dialisis yg tidak mempunyai penderma. Sebelum ini, pesakit paling lama buat dialisis akan mendapat kelebihan kerana nama mereka paling atas dlm senarai menunggu organ. Lagipun mereka telah menunggu sangat sangat lama. Bertahun-tahun sistem ini digunakan, namun jumlah penderma kematian tetap tidak meningkat tetapi jumlah pesakit meningkat dengan mendadak dari tahun ke tahun!!
Akibatnya terlalu ramai yang menunggu utk buah pinggang. Malangnya lagi, lagi lama anda menunggu, makin byk komplikasi dialisis yg mungkin sudah berlaku apabila tiba giliran pesakit dalam senarai menunggu tersebut. Antaranya ialah salur darah sudah mengeras, jantung yang sudah tidak kuat, tulang yang semakin merapuh dan sebagainya. Disebabkan ini, bila pesakit dapat buah pinggang setelah 10-15 tahun melakukan dialisis, mereka berhadapan dengan pelbagai komplikasi selepas transplant yg memungkin mereka berhadapan dengan risiko kegagalan proses transplan itu sendiri. Paling menakutkan risiko kematian mungkin meningkat akibat imuniti yg direndahkan selepas transplan untuk mengelakkan rejeksi atau penolakan organ baru.
Bila ini berlaku, buah pinggang yg baru didermakan akan rosak dan terbazir begitu sahaja. Paling sedih kalau pesakit itu meninggal dunia kerana komplikasi selepas transplant bersama dengan buah pinggang yg baru dan berfungsi….
Paling ralat, pesakit hidup dengan baik selama 10-15 tahun dengan dialisis sebelum ini.
Disebabkan oleh pelbagai faktor ini, sistem lama perlu penambahbaikan utk memastikan peruntukan organ diberikan kepada mereka yg layak dan kurang risiko. Maka wujudlah sistem MyKas yg berinspirasikan sistem luar negara yang mengalami kekurangan organ. Tujuan utama adalah utk memastikan organ diberi kepada mereka yg boleh mendapat manafaat yg sepenuhnya tanpa menghadapi risiko yg tinggi.
Sistem ini menggunakan markah. Kalau markah pesakit tinggi, nama pesakit akan berkemungkinan besar jatuh ke bawah dalam senarai menunggu organ. Maksudnya anda mungkin menunggu lebih lama lagi…..
Ada 4 faktor yg memberi impak dlm pemarkahan sistem MyKas iaitu umur, berapa lama anda buat dialisis, ada sejarah diabetes atau kencing manis dan sejarah tranplant sebelum ini.
Jika umur pesakit muda, markah mereka adalah rendah dan markah ini meningkat dengan pertambahan umur. Jika pesakit sudah 60 tahun, mereka terkeluar dari senarai ini.
Sekiranya pesakit ada diabetes, markah mereka tinggi, dan merendahkan kedudukan mereka dlm senarai menunggu.
Lagi lama pesakit buat dialisis, makin tinggi juga markah mereka. Sejarah transplant juga memberi markah yg tinggi kepada pesakit. Maknanya kalau pesakit pernah buat transplan sebelum ini, nama mereka akan berada di bawah.
Walau bagaimanapun sistem ini akan berubah kalau lebih ramai menderma organ. Dan ini tidak bermaksud sudah tiada harapan lagi utk pesakit- pesakit. Penderma hidup adalah lebih baik kerana faktor pertalian darah dan kurangnya komplikasi. Jadi, nasihat kami, ahli keluarga tampillah utk bantu ahli keluarga yg sedang menyambung hidup dengan bantuan dialisis. Kami akan bantu anda sepenuh hati kami.
Di bawah adalah video yg menambahkan lagi pemahaman anda tentang sistem ini.
Saya sentiasa berdoa semoga semua pesakit saya diberi peluang kedua tanpa dialisis…
#sayasayangpesakitsaya
Dr Fadh (admin MYBuahPinggang)

admin