Pen ajaib!!!

December 2, 2020by admin
Sesiapa yang pernah guna atau sedang menggunakan pen ini mesti tahu betapa ajaibnya pen ini! Sekejap sahaja gula yang tinggi dalam darah akan jadi normal semula… silap silap guna, pen ini boleh mengakibatkan sengsara juga bila kandungan gula dalam darah jadi kurang dengan cepat… haru bila terjadi macam ni….
Inilah pen insulin… kalau ada diabetes dan gula sentiasa tak terkawal, pen azimat inilah yang akan doktor berikan. Tujuannya supaya gula pesakit jadi stabil dan normal semula untuk mengelakkan komplikasi. Terutamanya utk mengelakkan sakit buah pinggang kronik dan komplikasi lain seperti buta,kerosakan saraf dan serangan jantung!!
Pen ini kalau nak guna pun ada pantang larangnya. Insulin mesti simpan dlm peti ais kalau belum dibuka utk tahan lebih lama. Sekiranya sudah dibuka, atau di dalam suhu bilik, insulin perlu digunakan dalam masa sebulan mengikut dos yang disarankan. Teknik dan masa menyuntik perlu tepat untuk memastikan keajaiban berlaku. Mata yang kurang terang masih boleh menyuntik dengan syarat klik dari pen boleh didengari dengan baik, tetapi dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi dulu… paling mudah minta bantuan ahli keluarga menyuntik anda…
Kawan baik pen ini adalah mesin memeriksa gula. Mesin ini boleh menjadi panduan kepada anda untuk dos yg bersesuaian dengan anda bg mengelakkan hipoglisemia atau kurang gula. Bacaan gula dibawah 2mmol/l boleh membahayakan. Pastikan anda tahu tanda2 kurang gula kerana kerap hypo boleh menyebabkan anda menjadi pelupa dan nyanyuk!! Pastikan anda ambil tahu tentang ubatan anda dan bertanggungjawab dengan masa depan anda!! Cegah diabetes dan rawat dengan sempurna!!
Dr Fadh.

admin