Harap anda semua tidak terpedaya dengan scammer yang berleluasa sekarang promosi boleh henti dialisis dengan membeli 3 botol ubat.
Sebab nak untung duit, sanggup jual nama National Kidney Foundation (NKF) baru-baru ini. Nampak sangat mereka ubah gambar tulisan pada banner.
Terlampau desperate sampai sanggup perdaya hingga boleh menggadai nyawa. Ramai pula percaya dan berdesup nak order ubat racun ini.
Mereka scammer wang anda. Tidak mustahil mereka mungkin beroperasi dalam dan luar negara.
TIADA ubat boleh henti dialisis kecuali terima pemindahan buah pinggang bagi pesakit dialisis kronik.
Pakar Buah-Pinggang