2 kes kami terima dalam 2 tahun ini tentang kerosakan buah-pinggang mendadak dan kristal oxalate.
Kes 1
Wanita berumur 57 tahun, tiada sebarang penyakit sebelum ini. Menurut beliau, tidak amalkan sebarang suplemen. Peratusan buah pinggang 60% telah rosak bila dirujuk kepada kami. Creatinine-500++. Kami lakukan biopsi buah-pinggang dan didapati banyak kristal oxalate dalam tisu buah-pinggang. Kami masih siasat punca oxalate tinggi dalam buah-pinggang beliau dan mungkin beliau perlu lalukan persiapan rawatan dialisis.
Kes 2
Lelaki berumur 42 tahun, tiada sebarang penyakit sebelum ini TETAPI mengamalkan pengambilan suplemen tanpa nasihat doktor berpanjangan termasuk mega -dos Vitamin C (lebih 2,000 mg sehari). Peratusan buah-pinggang 90% sudah rosak. Creatinine -500++. Biopsi buah pinggang didapati banyak kristal oxalat dan kerosakan tisu buah pinggang. Tiada harapan sembuh dan beliau kini jalani rawatan dialisis sepanjang hayat.
Kristal oxalate boleh sumbat saluran halus dalam buah-pinggang. Punca oxalate tinggi dalam buah-pinggang boleh berlaku apabila jika ada:
* ambil mega-dos Vitamin C
* ambil diet kandungan vitamin C terlampau banyak
* masalah penyerapan usus atau
* masalah genetik keturunan
Ramai percaya ambil Vitamin C banyak- banyak adalah baik (terutamanya zaman covid ini Vitamin C over-rated) tetapi sebenarnya boleh dapat komplikasi seperti kes 2. Kebanyakkan kes kristal oxalate dalam buah-pinggang tidak boleh sembuh dan perlu rawatan dialisis sepanjang hayat.
Dr Lily Mushahar