APA KAITAN BIJI INI… DAN KENCING BERDARAH?

June 26, 2021by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/07/198267442_983684212441189_604732462044084581_n-1.jpg
Pemuda buruh kasar 28 tahun alami kencing berdarah, muntah-muntah dan sakit bahagian buah-pinggang selama 2 hari. Di wad, kami dapati dia alami kerosakan buah-pinggang teruk dengan bacaan creatinine-700++umol/l. Kencing keluar dalam bag urin berdarah gelap. Ultrasound menunjukkan kedua-dua buah-pinggang bengkak.
Tiada punca di kenalpasti kecuali bila ditanya dari segi pemakanan, dia ada makan 20 BIJI JERING sebagai ulam sebelum kejadian. Selama 7 hari di wad diberi hidrasi, air kencing berdarah hilang dan fungsi buah-pinggang pulih kepada normal dengan bacaan creatinine 77umol/l.
“Djenkolism” asalah keadaan apabila buah pinggang rosak akibat makan djenkol (Archidendron pauciflorum, jering, jengkol) secara berlebihan. Ia dikaitkan dengan kristal acid djenkolic yang boleh sumbat sistem buah-pinggang. Kes buah-pinggang rosak sebegini ada harapan untuk pulih….nasib baik.
Djenkol adalah makanan istimewa orang Asia Tenggara walaupun baunya kuat seperti petai (stinky beans).
Adakah makan petai berlebihan boleh rosak buah-pinggang juga ( macam spesis sama aje)?Jawapannya TIDAK. Petai hanya buat kencing berbau semerbak sahaja (Mesti happy bila dengar jawapan ini bagi peminat tegar petai). Tapi awas petai ada kandungan potassium tinggi yang perlu dielak makan banyak bagi pesakit buah-pinggang kronik/dialisis.
Aduhhh, benda “stinky-stinky” orang Asia suka makan betul kannn…termasuklah saya😅.

admin