Daging Merah (Red Meat)…OK TAK?

July 18, 2021by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/10/215870492_997788964364047_560284993237342158_n.jpg

Daging Merah (Red Meat)…OK TAK?

Daging merah atau red meat dan daging proses (dari lembu, kambing dsb) tingkatkan 23% risiko penyakit buah-pinggang. Daging merah juga dia katakan tingkatkan risiko masalah mental, jantung, kanser dan mati pra-matang.

Daging merah merupakan sumber protin yang tinggi. Orang dewasa normal tidak digalakkan ambil melebihi 1.2gm/Kg protin sehari. Bila ambil kadar protin tinggi >1.2gm/kg, ia tambah beban dan ganggu fungsi buah-pinggang pada jangkamasa panjang.

Bagi mereka yang ada penyakit buah pinggang kronik pula, perlu hadkan pengambilan protin tidak lebih dari 0.8gm/Kg sehari. Maksudnya kalau berat badan 60kg: had pengambilan protin = 48gm sehari.

100gm daging merah = 20-25gm protin. Saya selalu nasihatkan pesakit saya yang ada penyakit buah-pinggang kronik, ambil saiz daging merah satu kotak mancis sahaja. Boleh makan tapi berpada-pada 😊.

Diet “Western” pula dikenalpasti tingkatkan inflamasi dan merosotkan fungsi buah-pinggang dalam banyak kajian. Kalau boleh, elakkan makan diet western dengan kerap. Jika teringin sesekali, boleh…tapi perlu berpada-pada.

#makanberpada

Dr Lily Mushahar

.

.

admin