PETUA “HARAM”

August 11, 2021by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/10/safe_image.jpg
Semalam saya ada ke kedai farmasi komersial berdekatan dengan rumah saya untuk beli mesin tekanan darah otomatik untuk kegunaan sendiri.
Semasa saya nak buat bayaran, terang-terang ada seorang customer yang bertanyakan mahu beli Ivermectin ini. Dengan secara terbuka, penjual di farmasi ini menjual kepada pembeli tersebut tanpa perasaan bersalah. Saya dapat tahu ada juga penjual ubat ini yang tiada latar belakang di dalam bidang perubatan pun…takutnya!.
Banyak kes dah diterima di hospital kerajaan sebab kesan toksik dos berlebihan. Ada yang sampai buah-pinggang pun rosak. Ya lah…dahlah ubat Ivermectin ni ubat cacing untuk binatang. Dos yang diambil pula macam dos untuk kuda, lembu dan seangkatan dengannnya. Yang tukang nasihat dan canang untuk guna pula adalah orang yang bukan doktor pakar dan tidak pernah rawat kes covid di Malaysia ini🤦‍♀️🤦‍♀️.
Bila dah ada komplikasi…ke hospital kerajaan jugalah timbul untuk dapat rawatan. Baguslah tangkap atau sita aje penjual-penjual haram nak $$$ semata-mata.
Kami doktor pakar yang banyak terlibat dengan rawatan kes covid yang tinggi di hospital dan juga terlibat didalam penyelidikan diperingkat antarabangsa pun tak guna ubat tanpa bukti demi nyawa pesakit.
Pakar Perunding Nefrologi

admin