#CaknaPenyakitBuahPinggang

April 26, 2022by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/04/Dialisis.jpg

Di Malaysia, anda mempunyai akses kepada dua kaedah dialisis, iaitu hemodialisis dan peritoneal dialisis

Hemodialisis ialah dialisis yang berterusan (dari 3 seminggu) dan dijalankan di pusat dialisis untuk membersihkan darah. Manakala dialisis peritoneal merupakan dialisis harian yang mengumpul sisa daripada darah dengan pembersihan ruang kosong di dalam perut (rongga peritoneal). Rawatan ini boleh dilakukan di rumah.

Rawatan peritoneal dialisis adalah lebih baik terutamanya bagi kanak-kanak, pesakit yang ada masalah jantung, takut pada jarum dan masalah untuk berulang ke tempat dialisis. Perbezaan di antara dua kaedah ini adalah ketara, oleh itu sila bincang dengan pakar buah pinggang untuk maklumat tentang kaedah mana yang lebih baik untuk anda.

admin