Kenapa pula café hopping boleh merosakkan buah pinggang?

August 11, 2022by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/09/cafe.jpg
Kenapa pula café hopping boleh merosakkan buah pinggang?
Kalau anda nak tahu, setiap kali anda memesan minuman yang manis, anda merisikokan diri anda untuk mendapat penyakit diabetes. Jika anda juga merupakan seorang pesakit
diabetes, paras gula tidak terkawal pula boleh merosakkan buah pinggang.
Pada amnya, terdapat penyakit diabetes Jenis 1 dan 2. Kedua-dua diabetes ni boleh bertukar menjadi lebih rumit, iaitu Diabetik Nefropati yang boleh menyebabkan penyakit
buah pinggang yang kronik.
Lebih 15% penduduk Malaysia alami penyakit buah pinggang kronik dan kebanyakkan pesakit berusia 50 tahun keatas. Diabetes adalah punca nombor satu
kegagalan buah pinggang di Malaysia.
Banyakkan meminum air suam dan kurangkan minuman manis untuk memastikan kecekapan buah pinggang anda terjaga!

admin