Sharing terbaikπŸ‘

October 19, 2022by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/12/311235694_10216538762021631_3620397896140244707_n.jpg
Tadi tengok story Dr. Rafidah Abdullah berkenaan makan ubat kalsium karbonat bukan sahaja bersama nasi, malah makananan lain. Kenapa ya?
Fosforus merupakan sejenis mineral yang didapati di dalam badan kita dan sesetengah makanan. Buah pinggang yang sihat boleh menyingkirkan kandungan fosforus yang berlebihan. Tetapi apabila buah pinggang gagal berfungsi, kandungan fosforus akan mula meningkat. Hiperfosforustemia bermaksud tahap fosforus dalam darah adalah sangat tinggi.
Tahap fosforus yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan
πŸ‘ŽπŸ» Masalah tulang dan jantung penyakit tulang (rapuh).
πŸ‘ŽπŸ» Tisu badan menjadi keras (jantung, arteri, sendi, kulit atau peparu).
πŸ‘ŽπŸ» Kulit gatal.
Kawal Tahap Fosforus!
1️⃣ Salah satu cara mengawal tahap fosforus adalah dengan memakan ubat pengikat fosforus seperti kalsium karbonat semasa makan.
Bagaimana ubat pengikat fosforus berfungsi?
βœ… Ubat pengikat fosforus berfungsi sebagai span. Ia menyerap fosforus daripada makanan di dalam perut dan ia disingkirkan melalui najis.
❌ ELAK makan ubat pengikat bersama pil zat besi!
Ini kerana kalsium dalam ubat pengikat akan bergabung dengan besi dan zat besi tidak diserap oleh badan.
2️⃣ Selain makan pengikat fosforus, dialisis juga dapat menyingkirkan sebahagian kandungan fosforus daripada darah.
3️⃣ Diet
❌ ELAK makanan tinggi fosforus:
🚫 Kuning telur
🚫 Udang kering
🚫 Susu & hasil tenusu (keju)
🚫 Kaki ayam/tulang
🚫 Susu pekat manis
🚫 Dhal, kacang merah, kacang hijau, kacang kuda dll
🚫 Kerang, tiram, lala, ketam
🚫 Ikan bilis
🚫 Cendawan
🚫 Oat, roti gandum or biskut tinggi serat
🚫 Kola & minuman koko
🚫 Coklat & kek coklat
⚠️ Waspada terhadap kandungan fosforus dalam diet anda. Apabila anda baca label makanan, kenal pasti fosforus dan elak makan makanan ini. Bahan pengawet: Asid Fosforus, Pirofosforus, Polifosforus, Dicalcium fosforus, Sodium fosforus dan lain-lain.
⚠️ Berhati-hati kerana pengambilan protein yang berlebihan akan meningkatkan tahap urea dan fosforus dalam darah.
Selalu tanya pesakit, makan ke tak ubat kalsium karbonat jika mereka tolak untuk ambil bekalan ubat baru semasa dispens ubat.
Marco Lazzaro, RPh.
Gambar contoh diambil daripada internet.

admin