Gemuk is awesome!
Eh kejap, langsung tak. Kata-kata seperti itu hanya akan mendatangkan bahaya kepada kita iaitu obesiti yang merupakan salah satu risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang.
Seharusnya kita bekerja keras untuk mencapai BMI yang ideal untuk kita dengan mengamalkan pemakanan yang sihat mengikut sukatan yang betul. Melakukan senaman selama 30 minit, 3 kali seminggu sudah pun cukup memadai.
Jangan fikir kalau duduk dan makan sahaja takkan mengundang bahaya! Oleh itu, gemuk is not awesome. Sayangi diri sendiri, lindungi buah pinggang anda.