BOLEHKAH PESAKIT BUAH PINGGANG MENDAPAT ZURIAT?

April 4, 2023by admin
Bolehkah pesakit buah pinggang mendapat zuriat?
Pesakit buah pinggang kronik yang masih subur walaupun sudah menjalani dialisis, ada yang boleh mengandung. Doktor biasa akan nasihat untuk amalkan perancang keluarga untuk elak mengandung sebab ada risikonya.
Risiko kepada janin:
# Mudah alami keguguran peringkat awal dan tumbesaran bayi boleh terganggu.
Risiko kepada ibu yang belum sampai tahap dialisis:
# Boleh mendapat darah tinggi yang sukar dikawal, kebocoran protin yang tinggi dalam air kencing dan akan merosotkan lagi fungsi buah pinggang. Ibu mengandung juga berisiko mendapat sawan.
Risiko kepada ibu yang sudah jalani rawatan dialisis:
# Boleh alami air berlebihan dalam badan dan darah tinggi sukar dikawal. Kebiasaanya doktor akan nasihatkan untuk lakukan rawatan dialisis 4-6 kali seminggu sehingga bersalin.
Sila berjumpa dan berbincang dengan pakar buah pinggang anda secepat mungkin jika anda ada masalah penyakit buah pinggang kronik dan disahkan mengandung.
Ada pesakit saya yang disahkan mengandung (termasuk pesakit dialisis) dan kami akan beri nasihat terbaik mungkin.

Lily Mushahar
Pakar Buah Pinggang

admin