Utama
Tentang
MYBuahPinggang
#MedTweetMY
Profil Doktor
Buah Pinggang
Anatomi & Fungsi
Ujian Saringan
Penyakit Buah Pinggang
Jenis Penyakit Buah Pinggang
Penyebab
Gejala
Rawatan
Pencegahan
Rawatan Dialisis
Peritoneal Dialisis
Pengenalan
Persediaan Sebelum PD
Penjagaan Semasa PD
Hemodialisis
Pengenalan
Persediaan Sebelum HD
Penjagaan Semasa HD
Transplan
Pengenalan Transplan
Proses Transplan Di Malaysia
Sebelum Transplan
Selepas Transplan
Daftar Sebagai Penderma
Perspektif Agama
Testimoni
Rawatan Konservatif
Pengenalan
Kaedah Rawatan
Jurnal
PDEP Portal
Diabetes
Pengenalan
Kawalan diabetes : Pantau bacaan gula dan kenali paras bacaan gula terkawal
Ubatan dan insulin dalam diabetes
Hipoglisemia : Gejala dan cara mengatasi
Komplikasi Diabetes: Apa perlu saya tahu
Diabetes dan Buah Pinggang : Apa risiko saya?
Profil Doktor
Soalan Lazim
Soalan Lazim
Adakah saya perlu minum air 8 gelas setiap hari untuk menjaga kesihatan buah pinggang?
Minum air setakat yang mencukupi sudah memadai. Keperluan air untuk setiap individu adalah berbeza mengikut tahap aktiviti masing-masing dan tahap kerosakan pesakit buah pinggang. Kekurangan air dalam badan atau dehidrasi boleh berlaku apabila tubuh andakehilangan air melebihi daripada jumlah air yang boleh diminum/diperolehi. Kehilangan air daripada tubuh boleh dipercepatkan oleh aktiviti fizikal seperti senaman yang keterlaluan, suhu atau cuaca yang terlampau panas, demam panas ataupun muntah dan cirit-birit yang berterusan.Sekiranya kehilangan air bertambah buruk, ini boleh mengakibatkan kepada bahaya kejutan ataupun ‘shock’. Sebaliknya individu yang minum air secara keterlaluan tanpa sebab boleh membahayakan tubuh badan. Bagi pesakit yang menjalani rawatan dialisis pula, mereka dinasihatkan untuk menghadkan jumlah pengambilan air kerana pengambilan berlebihan boleh mengakibatkan kegagalan jantung dan seterusnya kematian.
Adakah pesakit buah pinggang kronik perlu mengambil suplemen?
TIDAK perlu mengambil suplemen. Ikuti nasihat doktor yang merawat anda. Makan makanan yang seimbang mengikut keperluan anda. Dapatkan nasihat daripada pakar dietitik yang bertauliah.
Adakah rasa sakit semasa menjalani rawatan dialisis?
Rawatan dialisis tidak sepatutnya memberi kesakitan. Untuk setiap sesi rawatan hemodialisis, dua jarum akan dimasukkan ke dalam urat darah melalui fistula. Ini mungkin akan memberi sedikit rasa sakit. Pesakit yang membuat peritoneal dialisis menggunakan tiub di perut tidak akan merasa sakit. Setiap individu akan mengalami perasaan yang berbeza ketika menjalani rawatan.
Berapa lamakah proses rawatan hemodialisis?
Setiap sesi rawatan mengambil masa 4 ke 5 jam, setiap selang hari. Pesakit buah pinggang perlu menjalani rawatan sekurang-kurangnya 3 hari setiap minggu.
Adakah saya perlu menjaga pemakanan harian sekiranya sudah melakukan dialisis?
MESTI. Namun, ini tidak bermaksud anda tidak boleh menjamu selera dengan makanan yang sedap. Pengubahsuaian pemakanan adalah amat penting demi memastikan tahap kesihatan yang optima. Penjagaan pemakanan sepatutnya bermula sebelum menjalani rawatan dialisis, dengan mengikut panduan nasihat doktor ataupun pakar dietitik. Pesakit yang menjalani rawatan dialisis perlu memberi perhatian ke atas pengambilan nutrien penting seperti protein dan kawalan garam galian seperti natrium (sodium), kalium (potassium), dan fosforus. Ke tidak seimbangan nutrisi dan garam galian ini akan menganggu rawatan dan juga tahap kesihatan anda.
Bolehkah saya mengembara/melancong sekiranya menjalani rawatan dialisis?
BOLEH. Kebanyakan pesakit masih boleh lagi mengembara/melancong mengikut minat masing-masing. Lebih daripada itu, kualiti hidup amatlah penting kerana ini merupakan sebahagian matlamat rawatan. Kebebasan bergerak atau mobilisasi sebenarnya merupakan pendorong utama kepada pesakit untuk meneruskan rawatan dialisis. Ketika badan uzur dan tidak sihat, rawatan dialisis adalah efektif untuk menghilangkan sebahagian daripada gejala ini. Walaubagaimana pun, pesakit perlu membuat perancangan dengan teliti bersama dengan doktor.
Adakah saya boleh memberhentikan rawatan dialisis pada hari yang saya berasa kurang sihat?
Jangan berhenti rawatan secara tiba-tiba. Sekiranya anda tidak sihat, maklumkan kepada anggota perawat dialisis untuk tindakan selanjutnya. Anda mungkin akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan segera dan rawatan lanjutan. Sekiranya anda menghadapi masalah pengangkutan dan tidak dapat hadir ke sesi rawatan, sila hubungi anggota perawat melalui telefon dengan segera.
Perlukah saya berhenti untuk meneruskan senaman kegemaran saya selepas memulakan rawatan dialisis?
TIDAK PERLU. Anda digalakkan untuk meneruskan senaman harian demi menjaga kesihatan. Rawatan ideal meliputi mengekalkan gaya hidup aktif, kerana ini akan memberi dorongan serta kekuatan kepada pesakit. Selain daripada itu, senaman boelh meningkatkan kepuasan berehat dan tidur lena dikalangan pesakit yang mengalami kesukaran untuk tidur. Ubahsuai senaman mengikut kemampuan anda dan selalu bertanya dengan doktor.
Bolehkah wanita hamil semasa menjalani rawatan dialisis?
Pelbagai masalah atau komplikasi boleh berlaku kepada ibu mengandung dan juga anak dalam kandungan sekiranya anda adalah seorang pesakit buah pinggang kronik atau pun sedang melakukan rawatan dialisis. Risiko dan kadar kelahiran bayi adalah berbeza di atara individu. Sila berbincang dengan pakar nefrologi dan pakar obstetrik bersama pasangan untuk membuat perancangan dengan lebih teliti.
Apa itu rawatan konservatif?
Rawatan konservatif adalah salah satu pilihan selain rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang. Matlamat rawatan ini adalah bertujuan untuk menjalani kehidupan sebaik mungkin dangan kualiti yang optimum. Ianya merangkumi merawat gejala, memelihara fungsi buah pinggang yang sedia ada, memberi sokongan rawatan ubatan dan holistik (sosial dan psikologi) bila diperlukan dan membuat perancangan masa hadapan.
Kenapa pilih rawatan konservatif?
Bukan semua pesakit sesuai dengan rawatan dialisis disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan seperti penyakit jantung yang teruk, dementia, serta memerlukan bantuan untuk aktiviti kehidupan seharian. Menjadikan dalam keadaan ini, rawatan dialisis tidak memperbaiki kualiti hidup atau memanjangkan jangkahayat. Rawatan konservatif juga adalah untuk pesakit yang tidak mahu menjalani rawatan dialisis. Keputusan ini perlu dibincangkan bersama doktor dan memerlukan sokongan penuh ahli keluarga.
Apa yang saya boleh harapkan jika memilih rawatan konservatif?
Rawatan konservatif bertujuan untuk mencapai harapan anda dengan sebaik mungkin. Anda perlu sentiasa berbincang dengan doktor mengenai harapan Rawatan komprehensif akan diberikan termasuk untuk mengelakkan komplikasi yang memerlukan rawatan secara kecemasan atau kemasukan ke hospital. Doktor akan sentiasa memberi rawatan ubatan untuk melegakan gejala anda.
Berapa lamakah jangkahayat seseorang yang memilih rawatan konservatif?
Setiap individu adalah berbeza, bergantung kepada fungsi buah pinggang dan komplikasi yang sedia ada, dan pelbagai beberapa faktor lagi.
Jika saya memilih rawatan konservatif, bolehkah saya bertukar fikiran?
BOLEH. Namun,jika anda lewat memilih rawatan dialisis atau transplan. kemungkinan besar keadaan kesihatan anda tidak lagi mengizinkan untuk rawatan ini. Berbincang dengan untuk kesesuaian rawatan dan pilihan anda.
Adakah saya boleh berterusan berjumpa dengan doktor walaupun tidak memilih rawatan dialisis atau transplan?
BOLEH. Anda mesti diberikan ubat-ubatan untuk mengawal gejala yang disesuaikan dengan keadaan anda. Rawatan susulan dan temujanji doktor perlu dikekalkan. Jika anda tidak sihat untuk temujanji, berbincanglah dengan doktor mengenai rawatan sesuai pada masa tersebut.
Jika saya memilih rawatan konservatif, apakah yangperlu saya lakukan jika mempunyai masalah kesihatan?
Rawatan konservatif merangkumi aspek holistik iaitu sosial, psikologi, emosi dan fizikal. Jika anda ada masalah, berjumpalah dengan pengamal perubatan dan kami akan memberi nasihat kesihatan untuk membantu anda. Anda mungkin dirujuk ke pasukan lain (contohnya perubatan paliatif) untuk membantu mengurangkan gejala anda.
HUBUNGI KAMI
MYBuahPinggang.com
mybuahpinggang@gmail.com
Jumlah Pelawat
HUBUNGI KAMI
MYBuahPinggang.com
mybuahpinggang@gmail.com