Hipoglisemia :

Gejala dan cara mengatasi

Apa itu HIPOGLISEMIA?

Keadaan di mana bacaan gula dalam darah
adalah terlalu rendah iaitu bacaan gula:

01234567890.01234567890 mmol/L

dan ke bawah.

Mengapa HIPOGLISEMIA
boleh terjadi?

Pengambilan insulin atau pil ubat-ubatan rawatan diabetes yang berlebihan dos.
Pesakit tidak makan atau lewat makan selepas pengambilan insulin atau ubat-ubatan rawatan diabetes.
Kuantiti pemakanan sumber karbohidrat tidak berpadan dengan dos insulin atau pil ubat-ubatan rawatan diabetes.
Berlaku selepas melakukan aktiviti senaman lasak.
Berlaku selepas aktiviti fizikal yang tidak dirancang.

Apakah tanda-tanda

HIPOGLISEMIA?

https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/06/pening.png

Apa yang perlu dilakukan sekiranya

mempunyai tanda-tanda HIPOGLISEMIA?

· Pesakit perlu melakukan pemeriksaan gula darah kapilari dengan serta merta untuk menentukan paras glukos yang sebenar.
· Sekiranya paras gula darah kapilari rendah iaitu 3.9 mmol/L dan ke bawah, langkah-langkah berikut diambil:

Makan atau minum 15 gram gula ringkas iaitu bersamaan 3 biji gula-gula atau 1 sudu besar gula atau cordial dibancuh dengan air atau satu gelas jus.
Tunggu sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengulangi pemeriksaan gula darah kapilari.
Tanda-tanda hipoglisemia akan hilang jika paras gula kembali ke paras normal (iaitu di atas 4.0 mmol/L)
Sekiranya paras gula masih rendah ulangi Langkah 1 dan 2