Agama Islam melalui Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan hukum HARUS pada urusan pendermaan dan pemindahan organ pada bulan Jun 1970. Ianya diharuskan untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan bukan untuk perniagaan (tiada unsur jual beli) dan tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT.
Mari dengar pandangan ulama berkenaan derma organ dan transplan:
https://www.youtube.com/watch?v=NT_gDmfWbiE&list=PLQCdF2mIh6fRnC9edzsO_GHGThfd-JYIn
https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d7aadb66a2.pdf