Bahan toksik dikumuhkan oleh peritoneum. Peritoneum adalah selaput yang meliputi rongga dan organ-organ dalaman abdomen. Rawatan PD boleh dijalankan di rumah, di pejabat atau ketika melancong asalkan mereka melakukan dialisis tersebut di tempat yang bersih. PD sangat fleksibel kepada pesakit dialisis dan ia juga membantu dari segi mengekalkan fungsi buah pinggang yang sedia ada dengan lebih lama (terutamanya dari segi pembuangan air kencing) berbanding dengan hemodialisis.
Manakala rawatan mesin PD dilakukan selama 8-10 jam sehari pada waktu tidur pesakit dan pesakit boleh melakukan aktiviti bebas seperti biasa di siang hari.