Persediaan Sebelum

Peritoneal Dialisis

Persediaan Sebelum

Peritoneal Dialisis

Langkah Pertama
Memasukkan Tiub
  • Untuk PD, satu tiub lembut, yang disebut kateter, perlu diletakkan di dalam perut. Ini dilakukan dengan pembedahan kecil yang ringkas oleh pakar nefrologi atau pun pakar bedah. Kateter ini bertujuan untuk memasukkan air dialisis dan mengalirkan bahan kumuhan keluar dari badan. Kateter ini perlu dijaga dengan baik untuk mengelakkan jangkitan dan membolehkan proses dialisis berterusan.
Langkah Kedua
Penyediaan Rumah
  • PD adalah rawatan di rumah yang hanya memerlukan satu ruang kecil yang bersih. Anda tidak perlu mengubahsuai rumah untuk rawatan ini. Pastikan ada ruang untuk menyimpan bekalan air dialisis kerana air dialisis akan dihantar ke rumah setiap bulan.
Langkah Ketiga
Latihan
  • Anda perlu menjalani latihan bersama jururawat bertauliah selama beberapa hari sebelum boleh melakukan rawatan dengan sendiri di rumah. Anda akan belajar bagaimana untuk melakukan pertukaran air dialisis dengan betul. Anda boleh membawa ahli keluarga untuk menjalani latihan bersama-sama.
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg