Rawatan Konservatif

Pengenalan

Rawatan Konservatif

Pengenalan

Rawatan konservatif bermaksud tidak memilih rawatan dialisis atau transplan (non-dialisis therapy). Bukan semua pesakit sesuai dengan rawatan dialisis atau transplan kerana faktor kesihatan yang sedia ada. Contohnya pesakit jantung yang teruk, dementia atau memerlukan bantuan untuk aktiviti kehidupan adalah tidak sesuai untuk rawatan dialisis atau transplan. Rawatan dialisis tidak memperbaiki kualiti hidup atau menambah jangkahayat pesakit - pesakit ini.

Rawatan konservatif juga adalah untuk pesakit yang memilih untuk tidak menjalani rawatan dialisis.

Walaubagaimanapun, keputusan ini perlu dibincangkan bersama doktor pakar anda. Sokongan ahli keluarga sangat penting didalam menjalani kehidupan seharian pesakit yang memilih rawatan ini.

Pesakit mungkin memerlukan masa yang lama untuk menerima penyakit mereka. Akibatnya pesakit selalu muncul dalam keadaan tenat dan menghadapi risiko kematian yang tinggi. Adalah sangat penting untuk sentiasa berinteraksi dengan pengamal perubatan yang merawat anda.

Keputusan pemilihan rawatan adalah terletak ditangan anda. Kami akan membantu, menyokong dan menghormati apa jua keputusan anda. Berbincang dengan doktor akan kesesuaian rawatan.

HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg