“Ini adalah hasil peningkatan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma organ berbanding sedekad lalu yang mana tahap kesedaran masih rendah,” katanya yang sentiasa bersedia 24 jam tanpa mengira waktu untuk mengambil organ di seluruh negara.
Apabila keluarga bersetuju menderma, pihak hospital akan memaklumkan kepada pasukan PSTK untuk mengambilnya secepat mungkin dengan menggunakan pengangkutan udara. Prosedur ini dilakukan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti bomba, tentera udara atau penerbangan komersial dan pengangkutan darat.
Bukan mudah untuk mereka berdepan dengan keluarga yang sedang bersedih dan mengambil organ orang yang mereka sayangi.
Semuanya ini dilakukan dengan penuh hormat termasuk memastikan jenazah berada dalam keadaan baik selepas dibedah.
Arumugam Subramaniam, 54, sudah berikrar untuk mendermakan organ lebih 10 tahun lalu tetapi takdir menentukan beliau terlebih dahulu menguruskan pendermaan organ milik adiknya Nirmala, 38, yang disahkan mengalami kematian otak selepas terjatuh di tempat kerjanya di Kedah.
Baginya lebih baik organ adiknya didermakan kepada orang yang lebih memerlukan bagi membolehkan mereka menikmati peluang ‘hidup’ kali kedua.
“Naluri saya kuat mendorong supaya saya mendermakan organ adik dan terus menyatakan hasrat kepada pihak hospital di Kulim.
Selama 16 tahun berada di dalam senarai menunggu, Mohamed Esa Ahmad, 41, tidak pernah terfikirakan menerima buahpinggang baharu kerana sudah terbiasa dengan rutin berulang alik ke hospital.
Tahun lalu, beliau menerima khabar gembira bahawa ada penderma buahpinggang untuknya yang membuatkan jantungnya berdebar apabila membayangkan kehidupan baharu yang bakal dilalui sebagai seorang yang ‘bebas’ daripada penyakit itu
SELEPAS menerima buahpinggang baharu, Mohamed Esa mengakui membuang air kecil adalah satu kenikmatan yang sekian lama tidak dirasainya sejak mengalami kegagalan buahpinggang. – FotoOwee Ah Chun
Bagaimanapun, disebabkan masalah teknikal, pembedahan tidak dapat dijalankan walaupun kali kedua beliau sudah masuk kebilik pembedahan.
“Kali ketiga, khabar yang sama diberikan pada Jun tahun 2015 tetapi kali ini saya tidak meletakkan harapan sangat tetapi saya bersyukur akhirnya impian untuk hidup normal menjadi kenyataan.
“Saya tidak tahu siapa penderma buahpinggang tetapi ada dimaklumkan ia daripada seorang lelaki berbangsa Cina dari Negeri Sembilan,” katanya yang kini rasa lebih sihat walaupun awalnya agak janggal kerana tidak lagi perlu bergegas ke hospital seperti selalu.
Bapa kepada tiga anak berusia 10 sehingga 15 tahun itu berkata, beliau bersyukur kerana berpeluang menjalani kehidupan kali kedua dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga pendermanya.
Sumber asal: Berita Harian online (5 November 2016)
PETALING JAYA: Suami kepada penyanyi era 1990-an Dayangku Intan iaitu Rosman Yahil tidak perlu lagi menjalani rawatan dialisis selepas pembedahan pemindahan buahpinggang daripada isterinya berjaya.
Dayang berkata, Rosman juga sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Isnin selepas keadaannya semakin pulih sejak melakukan pembedahan pada 29 September lalu.
“Alhamdulillah keadaan suami kembali normal seperti dahulu malah sudah boleh buang air kecil seperti biasa dan badannya menerima buahpinggang baru itu dengan baik.
“Pada awalnya saya bimbang juga sebab doktor juga pernah beritahu mungkin pada awalnya masih perlu melakukan dialisis tetapi syukur ia tidak perlu.
“Suami juga sudah dibenarkan pulang namun masih perlu menjalani rawatan susulan dari masa kesemasa,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Dayang mendermakan buahpinggang kirinya kepada suami tersayang selepas ujian yang dibuat mendapati dia calonsesuaiuntukberbuat demikian.
Rosman, 56, yang mengalami masalah pada kedua-dua belah buahpinggangnya sebelum ini menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dipindahkan dari Hospital Serdang pada 17 Jun lalu.
Ditanya mengenai keadaannya pula, Dayang memberitahu kesihatannya juga semakin pulih sejak pembedahan malah sudah pulang ke rumah sejak 3 Oktober lalu.
“Alhamdulillah keadaan saya juga baik sejak pembedahan malah dah cuba-cuba menyanyi di rumah saja nak ‘test’ sama ada suara keluar lagi atau pun tidak.
“Nampaknya okay… Hahaha. Cuma sejak pembedahan saya ada rasa kesan sikit seperti mudah penat dan perut terasa kembung.
“Pun begitu keadaan itu normal kata doktor dan hanya bersifat sementara,” ujarnya.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangannya, Dayang berkata, dia amat berterimakasih kepada semua kaum keluarga, kenalan dan peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya dan suami.
“Inilah keajaiban Allah dan kuasa doa daripada semua… Sungguh saya berterima kasih dan bersyukur atas semua doa-doa daripada anda semua,” katanya.
Sumber Asal: MStar online
KUALA LUMPUR: Seorang abang sanggup berkorban mendermakan sebelah buahpinggangnya kepada adiknya yang menghadapi masalah kegagalan organ itu menerusi pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 6 Februari lalu.
Anuar Mohamed,37, yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama Damansara 2, Petaling Jaya, berkata dia tidak sanggup melihat penderitaan adiknya, Norazlina Mohamed, 34, sejak menghadapi masalah kegagalan buahpinggang sejak tiga tahun lalu.
Katanya, sebagai anak lelaki tunggal daripada enam beradik, dia sanggup berkorban mengambil segala risiko menjalani pembedahan itu untuk memastikan adiknya sembuh dan tidak lagi berulang alik ke hospital untuk rawatan walaupun dirinya kehilangan sebelah buahpinggang.
“Saya halalkan buahpinggang ini untuk adik saya kerana hanya itu yang mampu saya tolong untuk meringankan penderitaannya sejak buahpinggangnya rosak tiga tahun lalu.
“Ini bukti kasih sayang saya sebagai seorang abang. Sebenarnya, sudah lebih setahun kami menjalani pemeriksaan dan berunding dengan pakar di HKL dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk melihat sama ada saya boleh menjadi penderma atau tidak.
“Selama tempoh itu, saya beri semangat kepada adik supaya tabah melaluinya dan saya sentiasa ada bersama-samanya. Dia memang seorang yang kuat dan berharap adik segera sembuh untuk memulakan hidup baharu dengan buahpinggang saya itu,” katanya.
Anuarberkata, adiknya sebelum ini cuba bertahan dengan kesakitan dialami dan tidak mahu memberitahu ahli keluarga sehingga dia perlu menjalani pemindahan untuk mendapatkan buahpinggang baharu.
Katanya, buahpinggang adiknya juga sudah lapan kali dijangkiti kuman, menyebabkan keadaannya bertambah teruk dan memerlukan pembedahan segera sebagai jalan terakhir.
“Walaupun saya tahu ada risiko, tetapi nyawa adik saya lebih penting. Keluarga juga memberi sokongan dan tidak membantah hasrat saya untuk membantu adik dengan memberi buahpinggang saya kepadanya,” katanya.
Sementara itu, Norazlina berkata, dia terharu dengan pengorbanan abangnya yang sanggup mendermakan buahpinggang untuk memastikan diasihat semula.
“Abang tidak sanggup melihat saya kesakitan menggunakan mesin hemodialisis tiga kali seminggu. Kini saya bertekad menjaga diri dan buahpinggang ini,” katanya.
Sumber asal: Berita Harian (10 Februari 2018)
KANGAR: Hasrat seorang pensyarah Univerisiti Terknologi MARA (UiTM) untuk mendermakan organnya apabila sudah meninggal tercapai apabila pembedahan mengeluarkan organnya berjaya dilaksanakan, hariini.
Pembedahan mengeluarkan buahpinggang dan jantung Allahyarham Mohd Nor Akmal Nordin, 26, berlangsung selama tiga jam bermula jam 10 pagi ini di Dewan Bedah Hospital Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Organ itu akan dipindahkan kepada seorang penerima di Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggal dunia kira-kira 6.30 pagi tadi selepas koma akibat terbabit dalam kemalangan di Tambun Tulang, Arau pada Ahad lalu.
Ibunya, Normadiah Ismail, 53, dari Kodiang, Kedah, berkata beliau pada mulanya membantah hasrat anaknya untuk mendermakan semua organnya, namun memahami hasrat anaknya itu selepas diberi penjelasan.
Beliau berkata, Mohd Nor membuat ikrar untuk mendermakan organnya pada 2011 ketika masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Kami terkejut dan sukar untuk menerima hasratnya, namun dia menerangkan kebaikan dapat membantu meneruskan kehidupan orang lain dengan menderma organ.
“Arwah juga menjelaskan, penderma juga secara tidak langsung mendapat pahala kerana organnya dimanfaatkan dengan berguna,” katanya ketika ditemui, di sini.
Organ itu diterbangkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan helikopter Agusta AW 139 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), yang dikendalikan oleh juruterbang Kapten Sidek Abbas.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pida 6, Kodiang selepas solat Asar tadi.
Sumber asal: BeritaHarian (24 Disember 2015)
Pihak Hospital Kuala Lumpur telah memberi tarikh keramat yang akan sekali lagi mengubah kehidupanku kepada yang lebih baik. Perancangan asalnya pembedahan akan dilakukan pada 25 Januari 2019 akan tetapi perlu bersedia juga untuk diawalkan sekiranya pembedahan pada 22 Januari 2019 itu mempunyai kekangan. Menuju ke hari pembedahan, kami telah dipanggil lebih awal untuk bersedia kerana pembedahan kami akan diawalkan ke pada tarikh 22 Januari 2019. Malam sebelum pembedahan menjadi malam air mata yang tidak dapat dilupakan oleh kami sekeluarga. Ketika ini aku memohon diampunkan segala dosa diantara kita dan dihalalkan organ yang bakal didermakan kepadaku. Alhamdulillah 22 Januari menjadi tarikh keramat permulaan kehidupan baharu aku. Pembedahan yang mengambil masa hampir 12 jam selesai dengan jayanya dan aku memulakan kehidupan baru aku di Wad Jagaan Intensif (ICU) selama seminggu. Selesai pemindahan organ tidak bermakna terlepas dari segala dugaan lampau. Sejurus selepas pembedahan, keesokan paginya aku telah diminta oleh jururawat untuk bangun dan duduk di atas kerusi walaupun ditambat dengan wayar dan tiub dari pembedahan. Aktiviti ini telah dimaklumkan awal oleh doktor kerana pakar bedah sendiri yang akan datang untuk memantau keadaan aku dan abangaku di ICU. Kesan dari pembedahan itu, aku perlu menjalani pemindahan darah sebanyak 5 beg kerana kandungan darah yang cair selepas pembedahan. Menurut beberapa siri ujian yang dilakukan selepas pembedahan, doktor mengesahkan bahawa pembedahan berjaya dengan keputusan “A very successful transplanted kidney” telah disepakati oleh pakar bedah dan pakar buahpinggang.
Maka bermulalah rejim pemeriksaan berkala bagi aku sebagai penerima organ buahpinggang. 6 minggu pertama sebanyak 3 kali seminggu (Isnin, rabu dan Jumaat) manakala 6 minggu berikutnya sebanyak 2 kali seminggu (Isnin dan Khamis) dan 6 minggu berikutnya sebanyak seminggu sekali. Kini aku masih lagi memerlukan pemeriksaan berkala dua bulan sekali untuk memastikan fungsi tahap buahpinggang yang didermakan berada dalam keadaan yang optimum. Penderma juga tidak ketinggalan untuk melakukan pemeriksaan berkala dalam masa 3 bulan sekali. Tidak lupa juga ubat-ubatan yang memerlukan disiplin yang lebih sesuai untuk mengurangkan risiko penolakan pada organ yang didermakan.
KINI, aku menyelusuri kehidupan baharu ini dengan perspektif yang berbeza. Ternyata kesihatan juga adalah satu nikmat yang selalu kita lalaikan dan kurang kata-kata syukur kepada yang Maha Esa. Di saat aku menceritakan kisah ini, aku menghampiri setahun selepas pembedahan pemindahan buahpinggang yang didermakan oleh Malaikat tak bersayap. Kehidupan aku yang kini jauh lebih mensyukuri segala nikmat terasa sungguh manis. Semenjak aku berkongsi perjalanan dan perjuangan aku sebagai pesakit dan juga penerima buahpinggang, aku dan abang aku semakin rapat dan kami sering dijemput oleh media dan agensi untuk berkongsi kisah kami dengan harapan dapat berkongsi kehebatan lelaki yang menzahirkan kasih sayang dengan cara yang tidak ternilai untuk berkongsinya supaya kehidupan terasa lebih manis. Kehidupan Kembali seperti normal dan hanya perlu mematuhi pengambilan ubat-ubatan untuk memastikan buahpinggang yang didermakan berfungsi baik. Aku tidak perlu lagi menjalani rawatan dialisis dan dapat menghayati kebebasan sebenar dalam mengharungi kehidupan.
KHAIRUL SHAZWALI BIN TAIB
PENERIMA ORGAN BUAH PINGGANG