Pasukan transplan akan mengambil kira semua maklumat dari sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan ujian diagnostik bagi menentukan samada bakal penderma sesuai untuk menjadi penderma atau tidak.
Kos transplan yang ditanggung oleh pesakit adalah berbeza mengikut kos yang ditetapkan oleh setiap pusat transplan.
Ujian menyeluruh perlu dilakukan sebelum pesakit boleh diterima sebagai calon penerima buah pinggang. Ini termasuk ujian “HLA Antibody” yang menjadi risiko utama penolakan (“rejection”) organ yang diterima dan mengakibatkan organ tersebut gagal berfungsi. Ujian-ujian lain seperti penilaian jantung, salur darah dan pelbagai lagi perlu dilakukan untuk memastikan keadaan pesakit optimum sebelum pembedahan.
Pesakit yang tiada penderma hidup, penilaian kesesuaian hanya akan dilakukan apabila pesakit menduduki senarai 50 teratas dalam kumpulan darah masing-masing. di dalam senarai pesakit yang menunggu organ daripada penderma yang kematian otak (“deceased donation”). Kedudukan nama pesakit ditentukan melalui sistem MyKAS (Malaysian Kidney Allocation System) yang diuruskan oleh Jawatankuasa MyKAS di bawah seliaan Persatuan Nefrologi Malaysia.