Gejala
Penyakit Buah Pinggang

Gejala penyakit buah pinggang berbeza dari individu ke individu yang lain. Ia banyak bergantung kepada penyebab penyakit buah pinggang tersebut serta tahap kerosakan buah pinggang itu sendiri. Seringkali, gejala yang dialami adalah tidak spesifik. Ini menyebabkan penyakit buah pinggang sukar dikesan pada peringkat awal.

Gejala
Penyakit Buah Pinggang

Gejala penyakit buah pinggang berbeza dari individu ke individu yang lain. Ia banyak bergantung kepada penyebab penyakit buah pinggang tersebut serta tahap kerosakan buah pinggang itu sendiri. Seringkali, gejala yang dialami adalah tidak spesifik. Ini menyebabkan penyakit buah pinggang sukar dikesan pada peringkat awal.
-1
118099389_3230549353689972_7348411346988876991_o
118058911_3230549130356661_8235971819252783345_o
118121275_3230549690356605_645812909563319409_o
117970873_3230549783689929_1314332982246863537_o
118354913_3230549877023253_7062489143005414511_o
118310303_3230549490356625_1337808037017669576_o
-1
118099389_3230549353689972_7348411346988876991_o
118058911_3230549130356661_8235971819252783345_o
118121275_3230549690356605_645812909563319409_o
117970873_3230549783689929_1314332982246863537_o
118354913_3230549877023253_7062489143005414511_o
118310303_3230549490356625_1337808037017669576_o
Gejala

Penyakit
Buah Pinggang Kebiasaan

Gejala

Penyakit
Buah Pinggang Kebiasaan

Pembekakan Badan & Sesak Nafas

Pembengkakan akan berlaku pada muka, perut dan kaki. Ini adalah antara simptom awal penyakit buah pinggang. Salah satu keunikan pembengkakan yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang adalah ia biasanya berlaku di bawah kelopak mata (edema periorbital) dan paling ketara pada waktu pagi. Sekiranya lewat dirawati, air berlebihan di dalam badan boleh memasuki paru-paru dan menyebabkan kesesakan nafas. Perlu diingatkan bahawa pembengkakan badan tidak spesifik kepada penyakit kegagalan buah pinggang sahaja. Ia juga boleh disebabkan oleh sindrom nefrotik yang mana sering kali mempunyai simptom air kencing yang berbuih. Selain itu, pembengkakan badan juga mungkin adalah tanda-tanda kerosakan organ lain seperti jantung dan hati.

Kehilangan Selera Makan, Loya, Muntah

Hilang selera makan serta rasa payau dan kelat adalah masalah biasa yang di hadapi oleh orang yang mengalami kegagalan buah pinggang. Dengan kemerosotan fungsi buah pinggang, terdapat peningkatan bahan toksik, yang membawa kepada rasa loya, muntah dan kadang-kadang sedu yang sukar dikawal.

Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

Mempunyai tekanan darah yang tinggi adalah kebiasaan kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang. Jika hipertensi berlaku pada usia muda (kurang daripada 30 tahun) atau bacaan tekanan darah yang sangat tinggi pada masa diagnosis, penyakit buah pinggang kronik boleh berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

Anemia & Kelemahan

Kepenatan serta merasa lemah, kurang konsentrasi dan pucat adalah aduan biasa seseorang dengan anemia (tahap hemoglobin rendah). Kadang-kadang, ini sahaja simptom kegagalan buah pinggang.

Aduan Tidak Spesifik

Kegatalan seluruh badan, kekejangan kaki dan kekeliruan adalah antara aduan yang kerap berlaku dalam penyakit buah pinggang. Perencatan tumbesaran tubuh serta masalah tumbesaran tulang (rickets) adalah perkara biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak dengan kegagalan buah pinggang.

Aduan Kencing

Aduan kencing yang seringkali dihadapi adalah:
  • Pengurangan jumlah air kencing.
  • Kekerapan membuang air kencing terutamanya di waktu malam.
  • Kepedihan ketika membuang air kecil (disuria) serta kehadiran darah atau nanah di dalam air kencing lebih merupakan gejala jangkitan saluran kencing yang boleh menjadi penyebab kerosakan buah pinggang.
  • Kesukaran dalam ‘voiding’ iaitu membuang air kecil atau aliran normal air kencing yang seperti terhalang, dan aliran air kencing yang kecil dan halus adalah antara tanda-tanda terdapat penyumbatan pada saluran kencing. Penyumbatan saluran kencing secara kronik boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang sekiranya tidak mendapat rawatan awal.
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg