Daftar Sebagai Penderma

Daftar Sebagai Penderma

Bagaimana untuk menjadi pengikrar penderma organ?

Mereka yang berhasrat untuk mendermakan organ selepas kematian boleh berdaftar sebagai pengikrar melalui 2 kaedah:

  • Pendaftaran secara manual
  • Pendaftaran secara atas talian

Pendaftaran secara Manual

Pendaftaran secara manual ialah dengan mengisi borang pendaftaran pengikar penderma organ yang boleh didapati di semua Hospital Kerajaan, Jabatan Kesihatan Daerah-Daerah, Pusat-Pusat Kesihatan Daerah, ataupun boleh didapati di kempen kempen pandaftaran derma organ yang dilakukan secara masa ke semasa anjuran Pusat Sumber Transplan.

Anda hanya perlu mengisi borang akuan dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma disimpan di dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.

Contoh Borang Daftar Pengikrar Derma Organ:

 

Pendaftaran secara atas talian

Pendaftaran secara atas talian boleh dilakukan dengan menghantar email kepada ntrc@moh.gov.my. Penghantar email boleh menyatakan hasrat untuk mendaftar dan Pusat Sumber Transplan Nasional akan memberi panduan untuk meneruskan pendaftaran melalui email tersebut. Selepas pendaftaran online, kad derma organ akan dihantar ke alamat anda dalam jangka masa 2-3 minggu waktu bekerja.

Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu kepada keluarga anda. Ini akan memudahkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.

Contoh Kad Derma Organ

HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg