MYBuahPinggang merupakan suatu gerakan sukarela yang dimulakan oleh sekumpulan doktor pakar dan pesakit buah pinggang bagi memberi kesedaran yang lebih meluas kepada orang ramai dan pesakit mengenai penyakit buah pinggang.
Rafidah Abdullah adalah seorang pakar yang berkhidmat di Hospital Putrajaya sejak bulan Mac 2020. Beliau menerima ijazah MBChB daripada University of Edinburgh, Scotland, United Kingdom pada tahun 1996 dan telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1997. Beliau menjadi pakar perubatan pada tahun 2001 dan pakar nefrologi sejak tahun 2005. Beliau juga mempunyai ijazah sarjana (MSc) didalam bidang perubatan paliatif daripada King’s College London, diterima pada tahun 2019.
Beliau aktif bergiat didalam media sosial untuk memberi kesedaran tentang penyakit buah pinggang dan gaya hidup sihat.
Dr Hirman Ismail adalah seorang doktor perubatan berkelulusan sarjana dalam bidang kesihatan awam dari University of Nottingham UK dan PhD dalam bidang kesihatan awam dari Fakulti Perubatan, Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Fokus kajian PhD beliau adalah ekonomi kesihatan khususnya penyakit kegagalan buah pinggang, rawatan dialisis dan transplan.
Beliau mempunyai minat tersendiri di dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pendermaan organ, kesihatan buah pinggang dan bergiat melalui Persatuan Transplan Malaysia dan Persatuan Tweet Perubatan Malaysia. Dr Hirman merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ketua Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital, Bahagian Perkembangan Perubatan.