Peritoneal Dialisis (PD)

Peritoneal Dialisis adalah salah satu cara untuk mengeluarkan bahan kumuh dari badan apabila seseorang itu sudah di diagnos sebagai pesakit buah pinggang tahap akhir. Prosedur ini berbeza dengan dialisis darah (Hemodialisis).

Bahan toksik dikumuhkan oleh peritoneum. Peritoneum adalah selaput yang meliputi rongga dan organ-organ dalaman abdomen. Rawatan PD boleh dijalankan di rumah, di pejabat atau ketika melancong asalkan mereka melakukan dialisis tersebut di tempat yang bersih.

PD sangat fleksibel kepada pesakit dialisis dan ia juga membantu dari segi mengekalkan fungsi buah pinggang yang sedia ada dengan lebih lama (terutamanya dari segi pembuangan air kencing) berbanding dengan hemodialisis.

Manakala rawatan mesin PD dilakukan selama 8-10 jam sehari pada waktu tidur pesakit dan pesakit boleh melakukan aktiviti bebas seperti biasa di siang hari.

Rawatan PD adalah terbaik untuk anda jika:

Setiap rawatan dialisis yang dilakukan perlu disertakan dengan pengambilan ubatan yang disarankan oleh doktor anda, mengambil makanan yang terbaik seperti dinasihatkan oleh pakar pemakanan dan memantau kesihatan seperti memeriksa berat badan, bacaaan gula dan tekanan darah. Ini adalah penting untuk mengekalkan kesihatan anda di tahap yang optimum.