Penjagaan Semasa Hemodialisis

Semasa rawatan HD, pesakit akan diberi nasihat tentang cara menjaga tapak dialisis oleh doktor. Pesakit juga perlu menghadkan pengambilan air serta diet yang mengandungi zat fosfat yang berlebihan berdasarkan saranan pakar pemakanan (dietitian)

Temujanji

Pesakit perlu mematuhi saranan doktor dan pegawai farmasi dari segi pengambilan ubatan serta mengikuti temujanji berkala yang ditetapkan.

Kerjaya

Semasa pesakit menjalani rawatan hemodialisis, pesakit boleh bekerja seperti biasa bergantung dengan masa dan jenis pekerjaan. Sila berbincang dengan majikan anda

Aktiviti Pelancongan

Pesakit juga boleh melancong dalam dan luar negara tanpa masalah dengan syarat merancang terlebih dahulu.