Apa itu

Apa itu

#MedTweetMY

#MedTweetMY

MedTweetMY mula tertubuh pada 10 Januari 2016. Idea perkumpulan ini ditubuhkan atas kesedaran terdapat banyak maklumat dan info kesihatan yang tidak benar di media sosial. Sewaktu awal penubuhan ahli MedTweetMY adalah sebanyak 36 orang dan perkumpulan ini berkembang dan sehingga kini ahli MedTweetMY adalah sebanyak 53 orang dari 38 disiplin yang terdiri daripada pakar perunding, pakar perubatan, pegawai perubatan dan pegawai kesihatan dari pelbagai disiplin.

Objektif penubuhan MedTweetMY adalah untuk memberikan info kesihatan yang sahih kepada masyarakat dan menjadi tempat rujukan kepada masyarakat untuk mencari info yang betul.

MedTweetMY percaya bahawa media sosial adalah medan yang paling tepat untuk membetulkan salah faham dan memberi didikan kepada masyarakat. Usaha ini perlu dijalankan secara lebih berstruktur dan berterusan. Dengan kesedaran itu, MedTweetMY telah didaftarkan pada 23 April 2016, menjadi sebuah pertubuhan rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Perubuhan Malaysia.

Antara isu-isu semasa yang menjadi fokus perbincangan termasuk kesedaran cara hidup sihat, penggunaan ubat-ubatan tidak berdaftar, produk-produk overclaim, antivaksinasi, isu bersalin di rumah, isu kesihatan awam dan sebagainya. Sejak penubuhannya, pihak MedTweetMY telah terlibat di dalam pelbagai segmen di media arus perdana termasuk Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, TV Al-Hijrah, Johara Pagi Era, Im4U, BFM Radio, Suria.FM, Podcast Rumbling Monkeys, slot podcast Ais Kacang Hot FM yang diberikan nama “Perang Melawan Mitos”, slot di Suria FM yang dinamakan Menu Suria Bersama Abang Brian dan segmen di media cetak seperti, BeritaHarian, SinarHarian, Utusan Malaysia dan sebagainya.

Bagi memantapkan lagi aktiviti pendidikan awam, MedTweetMy juga telah menubuhkan laman Facebook sendiri di alamat www.facebook.com/medtweetmy , laman web medtweetmy.com dan Instagram medtweetmy_official.

MedTweetMY telah menerbitkan buku Perang Melawan Mitos pada tahun 2017 dan telah dinobatkan sebagai Top 5 Buku Non Fiction di MPH.Hashtag #Perang Melawan Mitos pada suatu ketika dahulu adalah sinonim dengan MedTweetMY. Dengan menggunakan hashtag ini, banyak membongkar mitos-mitos kesihatan yang berlegar di kalangan masyarakat. Pada tahun 2019, MedTweetY melancarkan hashtag baru di Twitter iaitu Kami #Pilih Sihat sebagai kesinambungan daripada #Perang Melawan Mitos. Hashtag ini lebih menumpukan kepada pengamalan gaya hidup yang sihat. Semoga hashtag yang terbaru dan segar ini dapat menarik minat masyakarat untuk menjaga kesihatan diri mereka serta orang di sekeliling mereka.

https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/02/WhatsApp-Image-2020-02-12-at-2.44.05-PM.jpeg
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/02/WhatsApp-Image-2020-02-12-at-2.44.05-PM-640x640.jpeg

Hubungi Kami

Hubungi Kami

PERTUBUHAN TWEET PERUBATAN MALAYSIA
(Medical Tweet Malaysia) (MedTweetMy)
No 2B, Jalan Pauh Kijang,
Kg Malaysia Tambahan
57100 Sg Besi Kuala Lumpur
PERTUBUHAN TWEET PERUBATAN MALAYSIA
(Medical Tweet Malaysia) (MedTweetMy)
No 2B, Jalan Pauh Kijang,
Kg Malaysia Tambahan
57100 Sg Besi Kuala Lumpur
Emel
medtweetmyofficial@gmail.com
Emel
medtweetmyofficial@gmail.com
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg