Pencegahan

Pencegahan

Penyakit Buah Pinggang Kronik

Penyakit Buah Pinggang Kronik

Antara cara pencegahan am yang amat penting adalah mengamalkan gaya hidup sihat dari usia muda. Ini termasuk pengambilan makanan yang sihat serta pengambilan kalori yang sesuai dengan aktiviti serta tahap kesihatan masing-masing. DSSS atau diet suku suku separuh adalah antara cara pemakanan sihat yang patut diikuti.
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/08/46765700_10155700369911237_7864709740364824576_n-640x639.jpg
  • Melakukan aktiviti senaman secara berkala seperti 30 minit selama 5 hari seminggu serta pengambilan diet yang sihat boleh membantu mencegah penyakit kronik dan obesiti yang boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik.
  • Berhenti merokok merupakan antara langkah penting dalam pencegahan. Dapatkan bantuan berhenti merokok di klinik kesihatan berdekatan anda.
  • Elakkan menjadi obes dan kekalkan BMI anda kurang dari 30 untuk mencapai berat badan yang ideal.
  • Pastikan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi , SLE dan radang buah pinggang terkawal.Jaga aturan ubatan yang diberikan dan ikuti nasihat pemakanan mengikut saranan pakar pemakanan anda.
  • Hentikan pengambilan kronik ubat – ubat yang toksik/membahayakan buah pinggang seperti ubat penahan sakit serta suplemen/ubatan herba yang tidak diiktiraf.

Penyakit buah pinggang kronik boleh dicegah dan dirawat. Jangan sampai anda mendapat kerosakan buah pinggang yang kekal.

Sayangilah buah pinggang dan hargailah kesihatan anda.
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg