https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/good.png
Penyebab

Penyakit
Buah Pinggang Akut

Penyebab

Penyakit
Buah Pinggang Akut

Kecederaan akut buah pinggang boleh disebabkan oleh gangguan pengaliran darah ke buah pinggang seperti dehidrasi, kehilangan darah dalam jumlah yang banyak, penyempitan saluran darah ke buah pinggang.

Faktor kedua kerosakan adalah kerana sesetengah ubatan atau serangan inflamasi/radang atau jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang secara terus.

Faktor ketiga pula adalah apabila berlaku penyumbatan saluran kencing atau urinari yang menyebabkan gangguan pengaliran air kencing keluar. Ini selalu disebabkan oleh pembentukan batu karang, ketumbuhan serta pemyempitan di saluran kencing di sistem urinari.

Penyebab

Penyakit
Buah Pinggang Kronik

Penyebab

Penyakit
Buah Pinggang Kronik

Punca utama pesakit memerlukan rawatan dialisis disebabkan oleh penyakit kegagalan buah pinggang kronik (ESKD – End Stage Kidney Disease) adalah penyakit kencing manis serta penyakit darah tinggi yang tidak terkawal.

Penyakit multi-sistem seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE), radang buah pinggang (glomerulonephrritis), dan sindrom nefrotik juga boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik sekiranya penyakit tidak dirawat.

Penyakit batu karang yang menyebabkan penyumbatan saluran air kencing secara kronik dan jangkitan kuman yang berulang juga boleh menyebabkan kerosakan kronik sekiranya lambat dirawat.

Antara faktor risiko lain adalah seperti obesiti, penyakit gout, pengambilan ubatan yang toksik/membahayakan buah pinggang serta mempunyai keturunan yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang seperti – Autosomal Dominant Polycystic Kidney Disease (ADPKD).

https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/bad_kidney.png
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg