Rawatan konservatif bersifat holistik dan merangkumi pelbagai aspek termasuk:
Merawat simptom yang spesifik kepada penyakit buah pinggang
Mencegah dan mengurangkan gejala
Memelihara fungsi buah pinggang yang sedia ada
Memberi sokongan rawatan ubatan dan holistik (sosial dan psikologi) bila diperlukan.
Membuat perancangan masa hadapan
Anda perlu diberi ubat-ubatan untuk mengawal simptom anda. Ubat-ubatan akan disesuaikan dengan keadaan kesihatan. Rawatan susulan dan temujanji doktor perlu dikekalkan.
Anda mungkin dirujuk ke pasukan lain (contohnya perubatan paliatif) untuk membantu simptom-simptom anda. ia bergantung kepada kemudahan yang sedia ada di kawasan anda. Anda juga mungkin dirujuk kepada hospis atau badan bukan kerajaan untuk rawatan sokongan.