Transplan

Transplan melibatkan pemindahan organ/tisu seperti buah pinggang yang masih lagi berfungsi daripada penderma (yang masih hidup atau meninggal dunia) kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ. Ia adalah rawatan TERBAIK dan terbukti menyelamatkan nyawa.

Pendermaan Semasa Hidup (Living Organ Donation)

Hanya satu dari dua buah pinggang sahaja yang boleh didermakan. Manusia boleh hidup secara normal dengan mempunyai satu buah pinggang sahaja. Pendermaan Semasa Hidup selalunya dikenali sebagai Penderma Hidup dari Kalangan Ahli Keluarga Terdekat (Living Related).

Pendermaan Selepas Kematian (Deceased Organ Donation)

Di dalam kes ini, organ dikeluarkan daripada penderma yang mendaftar sebagai penderma organ selepas kematian. Ahli keluarga si mati perlu memberi keizinan untuk menderma organ dari penderma ini. Seseorang yang telah meninggal dunia boleh mendermakan buah pinggang, hati, jantung, paru-paru dan juga tisu seperti kornea (mata), kulit, injap jantung dan tulang.

Anggota kesihatan yang terlatih akan menilai kesesuaian organ yang ingin didermakan. Individu yang menghidap penyakit berjangkit seperti HIV tidak dibenarkan untuk menderma organ.