Perspektif Agama

Perspektif Agama

Secara umumnya semua agama mengiktiraf pendermaan organ sebagai amalan yang MULIA.
Tiada agama yang menghalang penganutnya untuk melakukan kebaikan.
Secara umumnya semua agama mengiktiraf pendermaan organ sebagai amalan yang MULIA.
Tiada agama yang menghalang penganutnya untuk melakukan kebaikan.

Islam

Agama Islam melalui Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan hukum HARUS pada urusan pendermaan dan pemindahan organ pada bulan Jun 1970. Ianya diharuskan untuk menyelamatkan nyawa pesakit, bukan untuk perniagaan (tiada unsur jual beli) dan tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT.

Mari dengar pandangan ulama berkenaan derma organ dan transplan:

Kristian

Agama Kristian menggalakkan penganutnya membantu mereka yang memerlukan rawatan pemindahan organ. Walaubagaimanapun, kesediaan penderma organ hendaklah dikawal dengan undang-undang dan etika. ia bertujuan mengelakkan jual beli dan eksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Buddha

Menurut K. Sri Dhammanenda Nayake Therra, menderma bahagian tubuh badan seperti mata, buah pinggang dan lain-lain adalah satu perbuatan yang mulia. Agama Buddha menerima pendermaan organ dan transplan. Ia menggalakkan pendermaan organ dan tisu selagi tiada unsur pengkomersilan terlibat.

Hindu

Agama Hindu adalah satu agama berasaskan kepada kasih sayang. Kasih sayang, belas kasihan dan murah hati adalah aspek praktikal yang menjadi pegangan penganut-penganut agama Hindu. Seorang penganut agama Hindu boleh mendermakan apa saja termasuklah organ-organnya baik semasa hidup atau selepas meninggal dunia. Kesimpulannya, agama Hindu tidak menegah dan menyekat penganut-penganutnya untuk menderma organ sekiranya ia dapat menyelamatkan nyawa orang lain.

Sikhism

Pada dasarnya, agama Sikh tidak melarang pendermaan.Pendermaan selepas kematian merupakan satu pemberian yang tidak ternilai untuk seseorang.

HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg