https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/img-under-construction-1.png

Selepas Transplan

SEBAGAI PENDERMA

SEBAGAI PENDERMA

Selepas pembedahan, penderma akan dipantau di unit rawatan rapi atau di wad. Pakar bedah transplan dan pasukannya akan memastikan keadaan penderma stabil sebelum penderma dibenarkan pulang.

Semua penderma hidup akan diberi temujanji berjumpa doktor nefrologi secara berkala seumur hidup. Ujian akan dilakukan untuk memastikan penderma berada di dalam keadaan yang sihat dan sebarang masalah kesihatan dapat ditangani secepat mungkin untuk mengurangkan risiko jangka panjang. Di Malaysia, semua penderma buah pinggang yang masih hidup akan diberi rawatan percuma di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

SEBAGAI PESAKIT

SEBAGAI PESAKIT

Selepas pembedahan, pesakit akan dipantau secara rapi. Buah pinggang daripada penderma yang hidup kebiasaannya akan berfungsi dengan serta merta, manakala buah pinggang penderma yang kematian otak mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk berfungsi menyebabkan keperluan dialisis sehingga organ itu berfungsi dengan baik.

Ubat untuk mencegah penolakan atau ‘anti-rejection medications” akan diberi dan dipantau secara ketat untuk memastikan pesakit menerima dos yang optimum.

Pasukan transplan, jururawat, ahli farmasi, dan pakar pemakanan akan menasihati pesakit tentang penjagaan diri sebaik sahaja pesakit dibenarkan keluar daripada hospital.

HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg