Anatomi & Fungsi

Anatomi

Ianya merupakan sepasang organ yang berbentuk kacang dan terletak di bahagian atas dan belakang abdomen iaitu pada sisi tulang belakang dan tulang rusuk (rujuk rajah di sebelah). Dari buah pinggang, air kencing akan mengalir ke dalam ureter dan bersambung ke pundi kencing dan seterusnya keluar dari saluran serta bukaan urethra.

Bagi orang dewasa, anggaran saiz buah pinggang adalah 10 cm panjang, 6 cm lebar dan 4 cm tebal. Berat setiap buah pinggang pula adalah dalam anggaran 150-170 gram.

Anatomi & Fungsi

Anatomi

Ianya merupakan sepasang organ yang berbentuk kacang dan terletak di bahagian atas dan belakang abdomen iaitu pada sisi tulang belakang dan tulang rusuk (rujuk rajah di bawah). Dari buah pinggang, air kencing akan mengalir ke dalam ureter dan bersambung ke pundi kencing dan seterusnya keluar dari saluran serta bukaan urethra.

Bagi orang dewasa, anggaran buah pinggang adalah 10 cm panjang, 6 cm lebar dan 4 cm tebal. Berat setiap buah pinggang pula adalah dalam anggaran 150-170 gram.

Fungsi

Buah pinggang mempunyai tiga fungsi penting iaitu :
• Menyingkirkan sisa toksik, yang lebih dikenali sebagai urea dan kreatinin.
• Mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan.
• Membantu mengekalkan keseimbangan asid di dalam badan (mengawal keseimbangan pH badan) serta garam mineral iaitu elektrolit seperti
natrium, kalium dan sebagainya.

Antara lain fungsi buah pinggang adalah :
• Mengekalkan keseimbangan tekanan darah.
• Menghasilkan hormon erythropoietin yang penting dalam pembentukan sel darah merah atau
• Mengaktifkan vitamin D di dalam badan yang penting untuk pembesaran tulang pada kanak-kanak dan pembentukan tulang yang kuat di
kalangan orang dewasa.

HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg