Tentang Kami

MYBuahPinggang

MYBuahPinggang merupakan suatu gerakan sukarela yang dimulakan oleh sekumpulan doktor pakar dan pesakit buah pinggang bagi memberi kesedaran yang lebih meluas kepada orang ramai dan pesakit mengenai penyakit buah pinggang. Laman Facebook MYBuahPinggang digunakan bagi menyampaikan pelbagai jenis maklumat kepada orang ramai dan telah dilancarkan oleh Dato' Dr Bahari bin Dato' Tok Muda Che Awang Ngah, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 Ogos 2019 di Kuala Lumpur. Gerakan ini bernaung di bawah Persatuan Nefrologi Negeri Sembilan.

Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (#MedTweetMY) telah mengorak langkah dengan bekerjasama dengan gerakan MYBuahPinggang ini pada Disember 2019 bagi memperluaskan lagi platform penyampaian maklumat penyakit buah pinggang kronik melalui pembangunan laman web ini. #MedTweetMY mempunyai inspirasi agar laman web ini dapat dijadikan sumber rujukan penting untuk orang ramai dan pesakit di Malaysia.

Pembangunan laman web ini disokong oleh Persatuan Nefrologi Malaysia, Persatuan Transplan Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, Persatuan Nefrologi Negeri Sembilan.

bt_bb_section_top_section_coverage_image

Tentang Kami

MYBuahPinggang

MYBuahPinggang merupakan suatu gerakan sukarela yang dimulakan oleh sekumpulan doktor pakar dan pesakit buah pinggang bagi memberi kesedaran yang lebih meluas kepada orang ramai dan pesakit mengenai penyakit buah pinggang. Laman Facebook MYBuahPinggang digunakan bagi menyampaikan pelbagai jenis maklumat kepada orang ramai dan telah dilancarkan oleh Dato' Dr Bahari bin Dato' Tok Muda Che Awang Ngah, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 Ogos 2019 di Kuala Lumpur. Gerakan ini bernaung di bawah Persatuan Nefrologi Negeri Sembilan.

Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (#MedTweetMY) telah mengorak langkah dengan berkerjasama dengan gerakan MYBuahPinggang ini pada Disember 2019 bagi memperluaskan lagi platform penyampaian maklumat penyakit buah pinggang kronik melalui pembangunan laman web ini. #MedTweetMY mempunyai inspirasi agar laman web ini dapat dijadikan sumber rujukan penting untuk orang ramai dan pesakit di Malaysia.

Pembangunan laman web ini disokong oleh Persatuan Nefrologi Malaysia, Persatuan Transplan Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, Persatuan Nefrologi Negeri Sembilan.

bt_bb_section_top_section_coverage_image
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg