Ubatan dan insulin
dalam
diabetes

METFORMIN

SULFONYLUREA

DPP4 INHIBITOR

SGLT2 INHIBITOR

GLP1 RECEPTOR AGONIST

INSULIN

Kelas-kelas ubatan utama

mengawal diabetes

Ubatan dan insulin
dalam
diabetes

Kelas-kelas ubatan utama

mengawal diabetes

METFORMIN

SULFONYLUREA

DPP4 INHIBITOR

SGLT2 INHIBITOR

GLP1 RECEPTOR AGONIST

INSULIN

Apa itu

METFORMIN?

  • Mengurangkan gula dengan mengurangkan penghasilan gula daripada hati
  • UBAT TIDAK menyebabkan hipoglisemia
  • UBAT TIDAK merosakkan buah pinggang
    • Tetapi dos ubat perlu diubah mengikut fungsi buah pinggang
    • Jika buah pinggang rosak serius, ubat ini perlu dihentikan
  • Ubat diambil selepas waktu makan
  • KESAN SAMPINGAN UTAMA: loya, mual dan cirit-birit
  • Contoh-contoh ubat: Metformin, Metformin SR, Metformin XR

Apa itu

SULFONYLUREA?

  • Mengurangkan gula dengan merangsang penghasilan insulin dari kelenjar pankreas
  • UBAT ini boleh menyebabkan HIPOGLISEMIA
  • UBAT TIDAK merosakkan buah pinggang
    • Dos ubat perlu dikurangkan atau dihentikan sekiranya pesakit mempunyai penyakit buah pinggang
  • Ubat diambil sebelum masa pemakanan
  • KESAN SAMPINGAN: pertambahan berat badan, hipoglisemia
  • Contoh-contoh ubat: Gliclazide, Gliclazide MR, Glimepiride

Apa itu

DPP4IV INHIBITOR?

  • Mengurangkan gula dengan membantu penghasilan insulin dan bertindak lebih efektif
  • UBAT ini mempunyai risiko rendah untuk HIPOGLISEMIA
  • UBAT TIDAK merosakkan buah pinggang
    • Dos ubat perlu dikurangkan atau dihentikan sekiranya pesakit mempunyai kerosakan buah pinggang serius
  • Ubat boleh dimakan sebelum atau selepas makan
  • Contoh-contoh ubat: Sitagliptin, Vildagliptin, Saxagliptin, Linagliptin

Apa itu

SGLT2 INHIBITOR?

  • Mengurangkan paras gula dengan meningkatkan kehilangan gula dalam kencing
  • UBAT ini tidak menyebabkan HIPOGLISEMIA
  • UBAT TIDAK merosakkan buah pinggang
    • Dos ubat perlu dikurangkan atau dihentikan sekiranya pesakit mempunyai kerosakan buah pinggang serius
  • Ubat boleh dimakan sebelum atau selepas makan
  • Contoh-contoh ubat: Empaglifozin, Dapaglifozin

Apa itu

GLP1 RECEPTOR AGONIST?

  • Mengurangkan paras gula dengan meningkatkan penghasilan insulin di dalam badan.
  • Ubat ini juga mengurangkan selera makan dan masa pengosongan perut. Ini akan mengurangkan pengambilan karbohidrat pesakit.
  • Ubat ini selalu diberi melalui suntikan di bawah kulit.
  • UBAT ini mempunyai risiko rendah untuk HIPOGLISEMIA
  • UBAT TIDAK merosakkan buah pinggang
    • Dos ubat perlu dikurangkan atau dihentikan sekiranya pesakit mempunyai kerosakan buah pinggang serius
  • Tiada had masa untuk memberi suntikan ubat ini
  • Contoh-contoh ubat: Liraglutide, Semaglutide, Dulaglutide

INSULIN

Suntikan insulin akan mengurangkan gula dalam darah dengan merangsang penggunaan gula di dalam sel-sel badan

Info Insulin

  • Suntikan insulin diberi melalui suntikan di bawah kulit (subcutaneous)
  • Dos insulin bergantung kepada keperluan setiap individu
  • UBAT ini mempunyai risiko untuk HIPOGLISEMIA bergantung kepada dos yang diambil
  • UBAT TIDAK merosakkan buah pinggang
    • Dos ubat perlu dikurangkan sekiranya pesakit mempunyai kerosakan buah pinggang serius
  • Masa pemberian ubat mesti diselaraskan mengikut jenis insulin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/06/header-1.png

Insulin yang diberi semasa makan

  • Insulin yang bertindak jangka masa pendek atau bertindak cepat
  • Insulin campuran iaitu gabungan insulin bertindak jangka masa pendek dan panjang

Insulin yang diberi semasa sebelum tidur atau pada masa tidak berkaitan dengan masa makan

  • Insulin yang bertindak untuk jangka masa panjang