https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/img-under-construction.png

Sebelum Transplan

Sebelum Transplan

SEBAGAI PENDERMA

Banyak faktor yang menentukan kejayaan transplan buah pinggang. Oleh itu, beberapa maklumat diperlukan semasa proses penilaian. Ini dijalankan oleh pasukan transplan yang terdiri daripada pakar bedah transplan, pakar nefrologi,pakar psikiatri, jururawat, dan pekerja sosial. Komponen-komponen proses penilaian pemindahan buah pinggang adalah seperti berikut:
UJIAN DARAH

Ujian darah dilakukan untuk menentukan kesesuaian penderma dan bakal penerima untuk mengurangkan risiko penolakan (“rejection”)

____________________

Proses Pertama

UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian diagnostik akan dijalankan untuk menilai status kesihatan bakal penderma.Ujian-ujian ini termasuk X-Ray, “Ultrasound” , CT Scan dan ujian senaman jantung jika perlu.

____________________

Proses Kedua

PENILAIAN PSIKOLOGI DAN PENILAIAN SOSIAL

Isu-isu psikologi dan isu-isu sosial seperti tekanan perasaan, masalah kewangan dan sokongan keluarga akan dinilai.

____________________

Proses Ketiga

Pasukan transplan akan mengambil kira semua maklumat dari sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan ujian diagnostik bagi menentukan samada bakal penderma sesuai untuk menjadi penderma atau tidak.

Hospital yang menjalankan transplan buah pinggang daripada penderma yang masih hidup di Malaysia adalah seperti berikut :

:

Hospital yang menjalankan transplan buah pinggang daripada penderma yang masih hidup di Malaysia adalah seperti berikut :

:
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/HKL.png

Hospital Kuala Lumpur

https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/Selayang.png

Hospital Selayang

https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/PPUM.png

Pusat Perubatan Universiti Malaya

https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/UiTM.jpg

Pusat Perubatan UiTM

https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/prince_court.png

Pusat Perubatan Prince Court

https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/Sunway.png

Pusat Perubatan Sunway

Kos transplan yang ditanggung oleh pesakit adalah berbeza mengikut kos yang ditetapkan oleh setiap pusat transplan.

SEBAGAI PESAKIT

Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir perlu melalui beberapa ujian bagi menentukan kesesuaian mereka untuk menjalani pembedahan. Bagi pesakit yang mempunyai penderma yang masih hidup, penilaian tahap kesihatan dan kesesuaian pesakit akan dibuat apabila mereka mempunyai penderma yang sesuai.

Ujian menyeluruh perlu dilakukan sebelum pesakit boleh diterima sebagai calon penerima buah pinggang. Ini termasuk ujian “HLA Antibody” yang menjadi risiko utama penolakan (“rejection”) organ yang diterima dan mengakibatkan organ tersebut gagal berfungsi. Ujian-ujian lain seperti penilaian jantung, salur darah dan pelbagai lagi perlu dilakukan untuk memastikan keadaan pesakit optimum sebelum pembedahan.

Pesakit yang tiada penderma hidup, penilaian kesesuaian hanya akan dilakukan apabila pesakit menduduki senarai 50 teratas dalam kumpulan darah masing-masing. di dalam senarai pesakit yang menunggu organ daripada penderma yang kematian otak (“deceased donation”). Kedudukan nama pesakit ditentukan melalui sistem MyKAS (Malaysian Kidney Allocation System) yang diuruskan oleh Jawatankuasa MyKAS di bawah seliaan Persatuan Nefrologi Malaysia.

HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg