ANDA BOLEH JADI PENDERMA UNTUK AHLI KELUARGA TERSAYANG

July 3, 2019by admin

Hari ini pakar-pakar buah pinggang berkumpul untuk berkongsi dan menimba ilmu dari pakar tranplan buah pinggang dari Australia Professor Steve Chadban…kami bertekad untuk meningkatkan kadar transplan buah-pinggang di kalangan pesakit kami di Malaysia.

Anda boleh jadi penderma untuk ahli keluarga tersayang jika anda:
– ada 2 buah pinggang yang sihat
– umur kurang dari 65 tahun
– tiada kencing manis
– tidak obes
– ada darah tinggi tetapi hanya ambil 1 darah tinggi sahaja & bacaan tekanan darah terkawal
– tiada penyakit berisiko tinggi seperti kanser, strok, jantung koronari

admin