BAGAIMANA NAK TAHU JENIS UBAT…. PRODUK TIPU ATAU AUTA

July 3, 2019by admin

Belajar ilmu baru hari ni… bagaimana nak tahu jenis ubat/ produk tipu atau auta… semoga kita belajar sama sama
#sayangbuahpinggang
#sayasayangpesakitsaya

Ini adalah apa yang saya sampaikan kepada orang awam dalam forum bersama dengan Dr Fadh Zakaria (pakar buah pinggang)
.
.
Terlalu banyak produk, supplemen di luar sana yang overclaim (terlebih tuntutan mengarut/ajaib)
Dan akhirnya bukan sahaja tak berkesan, kesanny amat teruk kepada pesakit buah pinggang
.
Macam mana nak mengenalpasti product mengarut / overclaim?

THE CRAP TEST atau UJIAN TAHI.

Sila jawab setiap soalan di bawah.
Berikan satu markah kepada setiap jawapan yang anda jawab “YA”.
———————————————————————
T – Tuduhan konspirasi atau Tuntuntan ajaib

Adakah penulis atau penjual membuat TUDUHAN doktor-doktor perubatan atau Kementerian Kesihatan Malaysia membuat konspirasi dengan Big Farma?

Atau

Adakah penulis atau penjual membuat TUNTUTAN ajaib TIADA kesan sampingan?

Atau

Adakah penulis atau penjual membuat TUNTUTAN ini adalah UBAT AJAIB?

———————————————————————
A – Ambil duit anda?

Adakah anda dikenakan bayaran untuk produk seperti herba/vitamin/supplemen/DVD/video?

———————————————————————-
H – Hikayat yang tiada bukti?

Adakah disertakan dengan hikayat cerita-cerita testimonial yang tidak boleh disahkan kebenarannya?

Atau

Adakah hikayat cerita penyembuhan kanser mereka tidak dibuktikan dengan menunjuk kajian perubatan yang diterbitkan oleh journal perubatan antarabangsa?

———————————————————————-
I – Ilmu dari mana?

Adakah ilmu yang disampaikan BUKANNYA dari laman rasmi kerajaan, Kementerian kesihatan malaysia (seperti .gov), laman rasmi Universiti (seperti .edu), laman rasmi hospital?

Atau

Adakah ilmu itu disampaikan oleh orang yang tiada kelayakan dalam perubatan?

Atau

Adakah ilmu itu disampaikan oleh orang yang kelayakannya disembunyikan atau anda tidak tahu pun siapakah penulis (seperti copy paste dari whatsapp yang tiada nama penulis?)

———————————————————————-

Jumlah markah:
0 – Tuntutan rawatan kanser boleh diterima tetapi sila berbincang dengan pakar kanser yang merawat anda dulu.
1 – Kemungkinan ini produk mengarut. Berhati-hatilah. Bincang dengan pakar kanser yang merawat anda.
2 – Produk Mengarut!
3 – Produk Mengarut tahap taik!
4 – Produk Mengarut yang paling banyak taik!!!

Bila kita kata taik, inilah tahap penipuannya. Janganlah terpedaya.

CRAP is CRAP in any language!

.
.
Tak perlu tunggu hingga jumpa doktor atau dietitian, anda sendiri boleh nilai
Tak caya tanya dietitian nephro Hakim Zakaria

** terima kasih Dr Imelda Balchin for this simple and straightforward test.

Sekian
Dietitian Fizah Sobri

#ubatkencingmanis
#ubatdiabetes
#ubatbuahpinggang
#supplemen
#supplemenbahaya
#ubatbahaya

admin