CAPD (Cuci Air)

July 4, 2019by admin

Admin pilih CAPD (cuci air)

Assalammualaikum dan selamat pagi semua pejuang kehidupan.

Admin baru lepas buat CAPD. Tak sampai 30 minit pun pagi ni. Alhamdulilah mudah sahaja. Admin sememangnya memilih kaedah dialysis CAPD sejak dari awal lagi. Sebabnya, admin masih seorang pelajar pada masa itu. Admin adalah pelajar di UTHM Batu Pahat, Johor. Oh ya admin tinggal di Kuala Lumpur. Rawatan di Hospital Serdang.

Kaedah CAPD ni pada admin memudahkan pergerakan admin sebagai pelajar. Admin perlu bergerak aktif dalam melaksanakan pelbagai tugasan di dalam dan di luar universiti. Oleh itu, kaedah CAPD ini admin boleh bawa ke mana sahaja. Yang penting kebersihan perlu dijaga.

Dalam gambar dibawah, admin sempat menyertai pertandingan penyelidikan dan inovasi peringkat kebangsaan mewakili penyelidik dari UTHM di POLIMAS, Jitra Kedah. Menariknya admin memenangi pingat Perak dalam pertandingan ini. Siapa kata sakit buah pinggang menghalang untuk berjaya?. Yang penting kita kena kuat semangat dan sentiasa positif. Kalau was-was cuba dapatkan pendapat/nasihat Doktor anda.

OK lah asik cerita pasal admin je.

Cuba rakan-rakan kongsikan apa pilihan dialisis anda sekarang serta sebab pilihan kepada semua samada Haemodialisis (cuci darah) atau CAPD (cuci air). Mungkin dapat membantu pesakit yang lain membuat pilihan yang lebih sesuai. Walaubagaimana pun, kami disini lebih mensyorkan pesakit mempertimbangkan menggunakan kaedah CAPD terlebih dahulu. Ianya mempunyai banyak kelebihan berbanding Haemodialisis Terima kasih.

-Admin MrRed-

admin