WE ARE THE CHOSEN ONE!

July 5, 2019by admin

Siapa kata CAPD mengehadkan aktiviti kehidupan seharian?

Admin merupakan pesakit ESRF disebabkan Polycystic Kidney Disease (PKD) yang hanya diketahui beberapa tahun lalu dan mendapat rawatan di Hospital Serdang.

Sebagai yang bekerja di syarikat swasta, admin memilih CAPD untuk meneruskan kelangsungan hidup. Alhamdulillah CAPD banyak membantu admin memudahkan pekerjaan lebih-lebih lagi ketika ‘outstation’ kerana hanya perlu bawa barang2 keperluan dan boleh buat di Hotel ????????

Selain itu, admin juga mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan sukan larian untuk memastikan admin sentiasa kekal cergas dan membantu menjaga kesihatan yang lain. Ada rakan2 juga tidak sangka admin pesakit kronik jika dilihat kehidupan yang kita jalani ????????

Tidak salah kita berduka, tetapi berapa cepat kita perlu bangkit yang menjadi titik perubahan dalam hidup kita.

“We are the chosen one!”

Jadi, rakan2 admin yang lain mari kongsikan pilihan rawatan anda dan bagaimana anda kekal aktif dan sihat. Admin mengesyorkan CAPD sebagai rawatan pertama dan Transplant adalah rawatan terbaik

P/S: Admin baru sahaja menjalani Transplant pada Januari 2019

Admin
-Tube Runner-

admin