Kismis

August 8, 2019by admin

Pesakit dialisis yang potassium tinggi, mohon jauhi kismis. Yang potassium tak tinggi, boleh lah sebiji dua.

 

Bukan sebarang kismis…

Doktor saya meminta saya melihat seorang pesakit di wad. Kata beliau: “Saya tak pasti lah Doktor Rafidah kenapa garam potassium beliau tak turun-turun”.

Seorang Makcik 50-an, Kencing Manis, masuk wad sebab ada jangkitan kuman dan tak lalu makan. Sedikit terjejas fungsi buah pinggang kerana badan kering. Setelah diberi rawatan air, nampak keputusan darah yang lain sudah menunjukkan kesan positif. Tapi garam potassium tetap tinggi. Asyik lebih dari 6.0 (normal ~ 3.5 ke 5.0; makmal mungkin ada beza). Dah bagi macam-macam ubat pun tak turun.

Sepuluh saat sahaja, saya dah tahu apa masalah beliau. Kotak ini saya jumpa tepi beliau. Dah kosong pun. Habis dah ditelan segala kismis dalam itu. Ya lah, mungkin sangat bosan dalam wad. Ada saudara beri katanya.

Kismis adalah antara yang mengandungi kandungan POTASSIUM yang tinggi. Macamana laaa nak turun potassium beliau. Potassium tinggi boleh ganggu ritma jantung dan ianya boleh BERHENTI. Jangan di buat main-main.

Memang bukan sebarang kismis. Bukan takat “minda & doa” (pada pendapat saya ini kaption sampah & overclaim) sahaja; malah di dalam konteks ini, ianya boleh membawa maut. PELIK betul, ramai jurujual nak menipu overclaim dan tunggang agama.

Ya, memang elok doakan kesihatan beliau tapi bukan memberi kismis begini????. Kalau ya pun, tak payah lah telan banyak-banyak sekaligus.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan.

admin