KISAH ADMIN

September 20, 2019by admin

بسم الله الرحمن الرحىم
Admin akan share pengalaman yg paling menginsafkan…. kisah sebelum admin dpt buah pinggang anugerah ni.. masa ni hidup admin masih bergantung dgn dialisis..

Kisah ni pd tahun 2018.. tp akan abam semat jauh di lubuk hati dan memori abam.

Kisah bermula khamis (12/7/18), abam rasa x berapa sehat. Start rasa demam n selsema, badan lesu x larat. So abam MC laa…rehat kat umah.

Jumaat (13/7), abam rasa sehat sikit terus gerak pegi keja mcm biasa. Tiba2 dlm tghari badan rasa menggigil seram sejuk x bermaya. Abam pegi klinik opis, Dr bagi time slip rehat kat sick bay. Jadi abam tido laa sampai kul 3.
Disebabkan masih x larat, abam gagahkan juga diri balik rumah naik motor ????. Nasib x jd apa2 kat abam masa tu…

Sampai rumah abam terus buat dialisis, sbb mungkin tu yg sebabkan abam rasa x sihat..mana tau lepas dialisis rasa sihat sikit…
Tapi badan masih lesu x bermaya. Abam terus decide nk lelap jap baring kat sofa ruang tamu (terfikir kalau pape jadi senang)..
Fikiran abam menjadi REALITI!!! ????????????
Tengah mamai2 nak lelap…tiba2 abam rasa dua2 kaki kebas xleh gerak. Dalam masa yang sama, tangan abam menarik jadi x betul n terus keras kaku (refer gambar sebenar). Muka plak kat pipi n telinga pun rasa tarik and sakit dada dtg berselang-selang.

Allahu, sumpah waktu tu dalam fikiran abam ingat abam dah kena STROKE!!!! ???????????? macam2 dah terfikir… sambil2 doa moga2 dipjgkan umur abam…

Abam terbaring kaku atas sofa x bole bergerak! seorang diri ye…sakit kejang allah je yg tau.. ????????
wife abam belum balik. Dipermudahkan Allah, abam dpt juga call wife abam…abam hanya mampu jerit minta tolong dan minta MAAF!!! Terbayang wajah isteri dan anak2 masa tu…
Sepanjang kejang tu mcm2 ada dalam fikiran abam…

Dipendekkan cerita wife abam balik dan terus berlari menuju kat abam yg kejang kat sofa…teringat petua kalau simptom kena stroke cucuk jari bagi keluar darah, wife abam cucuk jari abam tp sikit2 sangat darah yg keluar! So petua tu x taulah betul ke tidak!!????????

Terus wife abam call ambulance dan abam terus dikejarkan ke emergency Hospital Serdang untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Dr, dia declare abam HYPERVENTILATION (sila google ye ????) due to Electrolyte imbalance (kandungan Magnesium dan Phosphate extremely low) yang menyebabkan lebih kurang macam muscle cramp. Abam google dan keluar simptom abam kena tu mcm ‘Carpopedal spasm’.
So rawatannya ialah Dr buat correction Magnesium (2 ampule), phosphate dan calcium sehinggalah Ahad pagi abam discharge!
Dr pun hairan biasanya patient kidney failure ni phosphate dia terlebih…macam mana bole extremely low?
Ia masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini ????… tp setiap org yg buat dialisis x sama… bahagian masing2..

Tp lepas transplan.. abam sihat. Xdelah lg peristiwa mcm ni berlaku. Inilah pengalaman yang paling menginsafkan abam dan ia amat mengajar diri abam erti kesyukuran tentang hidup ini…Semoga pengalaman abam ni dpt menjadi titik perubahan perspektif kita semua supaya bersyukur dengan keadaan kita.

*arwah ayah abam penghidap stroke selama 29 tahun…Allah pinjamkan sekejap rasa yang arwah ayah abam pernah rasa!!! Allahu…semoga syurga buat mu Papa ????

admin