SUSU DAN PESAKIT DIALISIS

October 13, 2019by admin

Susu dan pesakit Dialisis

Di klinik:

Saya: Kenapa Fosfat tinggi sangat. Bacaannya 2.8. Ada ambil susu ke?

Pesakit: Tak Doktor, Saya tak ambil susu.

Saya: Betul? Apa-apa produk pun tak ada ?

Pesakit: oooo, kalau produk ada. Susu kambing yang beli sekotak RM5. Hari-hari saya ambil.

Saya: Susu lah tuuu.

Sekadar peringatan kepada pesakit Dialisis, tidak boleh ambil susu yang mengandungi fosfat tinggi. Ada susu yang boleh ambil, tapi BINCANG dahulu dengan staf Dialisis atau Doktor yang merawat. Jangan sekali-kali percaya JURUJUAL. Mereka tu nak duit anda sahaja.

Susu banyak fosfat. Fosfat tinggi akan menjadi komplikasi “hyperparathyroidism”. Tulang akan rapuh. Ingat, kandungan fosfat anda perlu bacaan 1.1 sehingga 1.8 (gambar kedua, CPG).

Dr Rafidah Abdullah
Pakar Buah Pinggang

admin