MAAJUN SAMPAH

December 1, 2019by admin

Maajun SAMPAH

53 tahun.
Makan produk sampah ini setahun.

Buah pinggang rosak. Tiada urin langsung, kena dialisis.

Fungsi hati habis. Sejenis enzim dari hati iaitu ALT; bacaannya lebih 2000 (normal bawah ~ 80). Langsung hati tak berfungsi.

Addisonian crisis. Kemungkinan besar produk ini ada steroid. Sebab itu ada komplikasi ini. Tapi saya tengok kat IG nya sedap je buat kenyataan “tidak mengandungi steroid”. Tekanan darah memerlukan sokongan ubatan.

Bertarung nyawa.

Pendapat professional saya: ELAKKAN SEMUA PRODUK JAMU, MAAJUN dan yang sewaktu dengannya. Sedap saja founder ini menipu anda. 

Tak payah tahu jenis apa. Jangan telan apa jenis pun.
Tak payah. Tak perlu.
Jangan ambil risiko.

Sampah sarap merata-rata.

Founder kaya, anda ranap.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang.

Untuk mengelakkan penyakit buah pinggang, produk-produk seperti jamu, maajun dan yang sewaktu dengannya perlu dielakkan.

Yang dah memang sah ada masalah buah pinggang, tolong jauhi daripada apa-apa produk.
Bincang dengan Doktor anda.

admin