APA ITU CODE:LIFE

December 10, 2019by admin
HADIR EVENT CODELIFE KALI PERTAMA. APA ITU CODELIFE? – Alhamdulillah, semalam aku berpeluang untuk menghadiri event CodeLife anjuran NKF (National Kidney Malaysia).
Aku dah lama perati je event ni berlangsung namun hati tidak terbuka langsung untuk datang. Entahlah, aku cuma tak ada rasa minat lagi. Sebab, aku hanya tahu event ini untuk pesakit yang baru sakit, dan juga khas untuk keluarga yang ingin menderma.
Aku? Aku hanya seorang pesakit yang dah lama sakit, yang sudah menjalani dua kali transplant. Yang pernah kecewa sebab tak dapat survive dengan kidney ibu sendiri, yang tak pernah concern pada diri sendiri selepas transplant kali kedua.
Well. Itu yang aku tahu. Tapi sebenarnya tidak. Lebih dari apa yang aku tahu. Cuba untuk join sekali, buat aku ubah SEMUA PERSEPSI aku terhadap event ini.

APA ITU PROGRAM CODELIFE (CODE:LIFE)?

Event CodeLife adalah program inisiatif anjuran NKF (National Kidney Foundation) Malaysia dengan kerjasama Pakar-Pakar Nephrology untuk membuka mata para pesakit yang memerlukan organ dan orang ramai tentang Pentingnya Pendermaan Organ sebagai Penyambung Kehidupan.
Ramai yang takut untuk menderma, tidak kurang juga ada yang takut untuk menerima. Kebanyakkan masyarakat di Malaysia mempunyai persepsi yang agak negatif tentang pendermaan organ.

MANFAAT PROGRAM CODELIFE

Program ini dibuat secara PERCUMA dan ORANG RAMAI sentiasa dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Bukan sekadar memeriahkan, di program ini juga, korang boleh bertanya pelbagai soalan tentang DERMA ORGAN especially mengenai pendermaan Buah Pinggang kepada Pakar-Pakar Nephro. Hebat bukan? Kalau susah untuk ke hospital, di program inilah korang akan mendapat pelbagai ilmu tentang TRANSPLANT.
 
Antara yang menarik dalam program CodeLife ini termasuklah :
 
1) Mengetahui secara detail tentang Transplant atau Derma Organ
2) Menolak mitos-mitos negatif tentang Derma Organ
3) Mengenali penderma dan penerima organ
4) Mengambil iktibar dari pengalaman penderma dan penerima orgam
5) Dapat menjawab persoalan tentang segala kemusykilan tentang Buah Pinggang

ATURCARA PROGRAM CODELIFE 8 DISEMBER 2019 (Flamingo Lake Hotel, Ampang)
Peserta telah dihidangkan dengan sarapan pagi. So sementara majlis bermula, korang bolehlah isi perut dulu. Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Pakar Nephro Hospital Serdang, Dr. Nor Fadhlina Zakaria (Dr. Fadh).
Dr. Nor Fadhlina Zakaria
Selepas itu, Pakar Nephro Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr. Wan Hazlina Wan Mohammadmenjelaskan secara terperincin tentang Pilihan Terapi Gantian Buah Pinggang dan Mengapa Tranplantasi Adalah Yang Terbaik. Selain daripada dialisis, sudah tentu pilihan utama terbaik adalah Transplant .
Dr. Wan Hazlina Wan Mohammad
 
Majlis diteruskan lagi dengan explanation dari Pakar Nephro Hospital Ampang, Dr. Nora Ahmad Miswan tentang Pendermaan Organ Sewaktu Hidup Dalam Kalangan Ahli Keluarga Adalah Anugerah Kehidupan Demi Kehidupan Yang Lebih Baik.
Ahli keluarga wajib dengar dan ambil info tentang perkara ini. Kalau korang adalah ahli keluarga menderma organ pada yang tersayang, sudah pasti kasih sayang lebih terikat, malah korang juga hero kepada mereka yang memerlukan. Hero di mata dunia !
Dr. Nora Ahmad Miswan
Selepas mendengar penerangan panjang lebar dari Dr. Nora, peserta diperkenalkan dengan pasangan pesakit dan penderma. Pasangan pertama merupakan seorang pesakit Shazwali Taibbersama abang kandungnya. Terharu weh dengar kisah Shazwali ni. Beliau sendiri tidak sangka abangnya datang senyap-senyap jumpa doktor dengan menyatakan hasrat untuk menderma sebelah buah pinggangnya pada saudara Shazwali.
Saudara Shazwali Taib (baju hitam) bersama abangnya.
 
Peserta dibenarkan berehat sebentar untuk membasah tekak. Hidangan kuih muih, teh dan kopi tersedia. Majlis berlangsung kembali ditemani oleh Pakar Nephro PPUKM , Dr. Ruslinda Mustafar. Pada slot ini, Dr. Ruslinda menerangkan tentang Kehidupan Selepas Pemindahan Organ. Sudah tentu pesakit yang mendengar slot ini ada satu rasa jiwa meronta untuk sembuh dari End Stage Renal Failure dan mengharapkan keajaiban Allah menghantar penderma organ.
 
Suka sangat dengar explanation dari Dr. Ruslinda. Jelas. Malah aku juga dapat tahu cara aku makan ubat Calcium Carbonate secara sukahati itu ternyata membawa lebih padah.
Dr. Ruslinda Mustafar
 
Seterusnya peserta sekali lagi dikenalkan dengan pasangat pesakit dan penderma yang kedua. Kali ini melibatkan ibu dan anak. Well.. bila melibatkan ibu dan anak ni, aku emotional sikit. Tapi control. Sebab aku nak ambil semangat-semangat mereka.
Pesakit yang dikenali sebagai Along mula didiagnose sebagai Kidney Failure ketika dia berumur 15 tahun. Hati ibu mana yang sanggup nak tengok anak sakit? Puan Ani Yusof sanggup berkorban. Sedangkan sebelum ini Puan Ani sudah banyak kali melalui pembedahan ceaser.
 
Along dan ibunya, Puan Ani Yusof
 
Sebelum majlis penutup, sesi interaktif dijalankan. Tanyalah apa saja soalan yang terbuku di hati untuk Pakar-Pakar Nephro yang ada ketika ini, insyaAllah soalan korang akan dijawab. Selasai majlis, makanan tengahari turut disediakan.
Seusai majlis hampir tamat, aku nampak Dr. Rafidah Abdullah. Padahal baru je jumpa masa Fun Run  haritu. Tapi aku tetap excited. Dr. Rafidah Abdullah antara doktor Nephro wad dewasa yang aku rasa rapat dengan dia.
 

Aku juga dapat berjumpa antara patient dialisis aku tak pernah jumpa, Kak Nurul Huda dengan Weny. Weny aku pernah jumpa tapi tak pernah tegur depan-depan. Part paling tak boleh blah, ajak Kak Marina Mokhtar (Marie) untuk bergambar berdua. Padahal pernah je banyak kali lepak sama-sama. Entah kenapa sebelum ni segan. Aku jumpa Kak Jue, pun lupa nak selfie.

Pertengahan event, sekali lagi aku jumpa Dr. Iqbal. Tak sempat nak bergambar. Apa yang aku banggakan, Dr. Iqbal tetap friendly dengan semua. Tetap bertegur-tegur. Beliau juga support aku untuk larian-larian fun run .
Jadi, apa yang aku boleh kata, program CodeLife ini bukanlah program yang membosankan. Especially untuk korang yang mengidap Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir, atau mempunyai ahli keluarga yang mengidap sakit yang sama.

 

Pelbagai ilmu tentang buah pinggang dan pendermaan buah pinggang yang korang dapat. Free pula tu. Punyalah doktor-doktor nak spread awareness tentang Transplant ni. Berbaloi kan?
CodeLife akan ke sebuah negeri demi sebuah negeri. Diharap jika CodeLife sampai ke tempat korang, hadirlah jika berkelapangan.
Korang juga boleh follow MYBuahPinggang untuk info tentang Chronic Kidney Disease (CKD) & End Stage Renal Failure (ESRF).

admin